MAKALAH
HUKUM WARIS
Tentang : Wasit, Hibah, Wakaf
Di susun oleh :
Ahyadin
Semester IV (Empat)
“Makalah ini diajukan kepada dosen pengampu
Sebagai salah satu syarat memperoleh nilai tugas
mata kuliah hukum waris”
Dosen
pengampu
Zuhrah, S.h,M.hi
FAKULTAS
SYARI’AH
PROGRAM STUDI AKHWAL AL-SYAKHSIYAH
INSTITUT AGAMA ISLAM (IAI) MUHAMMADIYAH
BIMA TAHUN AJARAN 2018/2019
KATA PENGANTAR
Bismillahirahmanirahim
Syukur Alhamdulillah
kami panjatkan kehadirat Allah SWT, karena berkat rahmat dan karunia-Nya
sehingga penulis dapat menyelesaikan sebuah makalah yang berjudul “Masalah
Wasiat, Hibah, dan Wakaf” dengan baik. Shalawat dan salam selalu tercurah
keharibaan junjungan kita, Nabi Besar Muhammad SAW, beserta sahabat dan
pengikutnya hingga akhir zaman.
Dalam kesempatan ini,
penulis mengucapkan terimakasih yang sebesar- besarnya kepada semua pihak yang
telah banyak membantu dalam proses pembuatan makalah ini, baik moril maupun
materiil.
Kami menyadari makalah
ini masih jauh dari kesempurnaan, karena tak ada gading yang tak retak. Oleh
karena itu, kami mengharapkan kritik dan saran demi kesempurnaan makalah ini.
Semoga makalah ini berguna dan bermanfaat bagi kita semua. Amin.
Bima, 02 April 2018
Penulis
DAFTAR ISI
Halaman
Judul..................................................................................................
Kata
Pengantar................................................................................................. ........
Daftar
Isi..........................................................................................................
BAB
I : PENDAHULUAN
A.
Latar Belakang Masalah.........................................................................
B.
Rumusan Masalah..................................................................................
C.
Tujuan Penulisan....................................................................................
BAB II :
PEMBAHASAN
A. Wasiat.........................................................................................................
1.
Pengertian Konsep Wasiat Dalam Islam.....................................................
a.
Pengertian
Wasiat.................................................................................
b.
Pensyariatan
Wasiat..............................................................................
c.
Hukum
Berwasiat.................................................................................
d.
Rukun
dan Syarat Wasiat.....................................................................
e.
Jenis
Wasiat..........................................................................................
f.
Kadar
Harta yang Boleh Diwasiatkan..................................................
g.
Wasiat
ke atas Manfaat Harta...............................................................
h.
Wasiat
kepada Waris............................................................................
i.
Pembatalan
Wasiat................................................................................
j.
Tata
cara Berwasiat...............................................................................
k.
Beberapa
Perkara Berkaitan dengan Wasiat.........................................
2. Aplikasi
Wasiat Di Malaysia....................................................................... ........
B. Hibah...........................................................................................................
1. Konsep
Hibah Dalam Islam.........................................................................
a.
Pengertian
Hibah..................................................................................
b.
Hukum
dan Pensyariatan Hibah...........................................................
c.
Rukun
Hibah dan Syaratnya.................................................................
d.
Penerimaan
Barang (al-Qabd) dalam Hibah.........................................
e.
Hukum
Penarikan Balik atau Pembatalan Hibah..................................
f.
Kadar
Harta yang Boleh Dihibah.........................................................
g.
Hibah
pada Masa Marad al-Mawt........................................................
h.
Hibah
dalam Bentuk al-‘Umra dan al-Ruqba.......................................
i.
(Hibah
Bersyarat)..................................................................................
2. Aplikasi
Hibah Di Malaysia.........................................................................
C. Wakaf
a.
Pengertian
Wakaf.................................................................................
b.
Dasar-Dasar
Wakaf..............................................................................
c.
Tujuan
Dan Fungsi Wakaf....................................................................
d.
Unsur
Wakaf........................................................................................
e.
Wakif....................................................................................................
f.
Aplikasi
wakaf......................................................................................
BAB III: PENUTUP
A.
Kesimpulan
B.
Saran
Daftar Pustaka
BAB I
PENDAHULUAN
A. Latar Belakang
Wasiat, hibah, dan wakaf
merupakan tiga instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang
Islam. Wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat.
Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah. Wakaf
ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi wakaf merupakan urusan
yang berkaitan dengan hukum syarak dan tidak terikat dengan konsep ‘prinsip
mencegah kekalan’ yang diamalkan di peringkat sivil, walaupun Mahkamah tidak
terikat dengan keputusan Mufti dalam fatwanya yang mengesahkan status wakaf
tersebut ataupun atas undang-undang
negeri tetapi Mahkamah tidak mempunyai alasan untuk menolak keputusan
fatwa tersebut.
Ketiga instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya
ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh
mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melalui wasiat, hibah, dan
wakaf juga dapat membantu kaum kerabat
yang memerlukan bantuan. Terdapat tanggapan bahwa dengan melakukan wasiat,
hibah dan wakaf maka dia telah menyalahi ketepatan hukum faraid. Tanggapan ini
tidak tepat kerana ketiga instrumen ini juga sebenarnya diberi fokus dan
tempatnya yang tersendiri di dalam Islam. Makalah ini cukup mengupas isu-isu
berkaitan dengan wasiat, hibah dan wakaf dari segi hukum dan aplikasinya di
Malaysia.
B.Rumusan Masalah
1.
Apa
yang dimaksud dengan wasiat dan aplikasinya
2.
Apa
yang dimaksud dengan hibah dan aplikasinya
3.
Apa
yang dimaksud dengan wakaf dan aplikasinya
C.Tujuan Masalah
1.
Memahami
apa yang dimaksud dengan wasiat, hibah, dan wakaf
2.
Mampu
mengidentifikasi masalah wasiat, hibah, dan wakaf
3.
Mampu
mengaplikasikan masalah wasiat, hibah, dan wakaf di lingkungan masyarakat.
BAB II
PEMBAHASAN
A. WASIAT
1.
Konsep wasiat dalam islam
a.
Pengertian
Wasiat
Dari segi bahasa, wasiat
berasal daripada perkataan ‘wassa’ yang bererti memerintahkan, menasihatkan,
menjanjikan atau pemberian harta selepas mati. Ahli-ahli fiqh mazhab Syafie
berpendapat bahasa ia berasal daripada kata sifat ‘wassa’ yang bererti
menghubungkan atau menyampaikan. Ia bermaksud menghubungkan atau menyampaikan
kebaikan yang dilakukan oleh seseorang semas hidupnya dengan ganjaran pahala
selepas dia meninggal dunia.
Manakala wasiat dari
segi istilah pula ialah pemberian atau sumbangan oleh seseorang kepada orang
atau pihak lain setelah dia meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu
diucapkan atau tidak. Menurut mazhab Syafie, wasiat ialah pemberian suatu hak
yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan
menggunakan lafaz atau tidak. Manakala menurut Abdul Karim Zaydan, wasiat ialah
memberi milik kepada seseorang secara sukarela yang dilaksanakan selepas
kematian peawsiat sama ada benda atau manfaat. Ada juga fuqaha’ yang
mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang
lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimilik oleh penerima wasiat
akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat. Bagi negara-negara yang
telah menyediakan undang-undang wasiat seperti Mesir dan Syria telah membuat
peruntukan yang jelas tentang definisi wasiat yaitu tasarruf pada harta pusaka
yang disandarkan selepas kematian.
Manakala Seksyen 2(1)
Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, wasiat ialah iqrar seseorang yang
diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan
sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan hukum syarak,
selepas dia mati. Makna yang hampir sama juga terdapat dalam Seksyen 2(1)
Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 dan Enakmen Wasiat Orang Islam
Melaka 2005
yaitu iqrar seseorang yang dibuat pada masa hayatnya mengenai hartanya atau manfaat hartanya, untuk disempurnakan bagi maksud khairat atau apa-apa maksud lain yang dibenarkan menurut hukum syarak, selepas dia mati.
yaitu iqrar seseorang yang dibuat pada masa hayatnya mengenai hartanya atau manfaat hartanya, untuk disempurnakan bagi maksud khairat atau apa-apa maksud lain yang dibenarkan menurut hukum syarak, selepas dia mati.
Berdasarkan kepada
definisi-definisi di atas jelas bahawa wasiat yang dibuat oleh seseorang hanya
berkuat kuasa selepas berlakunya kematian pewasiat. Dengan ini juga, wasiat
adalah berbeda dengan cara pemilikan harta yang lain seperti jual beli, hibah
dan ijarah. Justeru itu, wasiat dianggap selesai apabila adanya ijab
(penawaran) daripada pewasiat, sedangkan qabul (penerimaan) tidak diperlukan
semasa pewasiat masih hidup dan ia hanya diperlukan selepas pewasiat meninggal
dunia.
b.
Pensyariatan
Wasiat
Wasiat disyariatkan
melalui nas al-Quran, hadis, amalan sahabat dan ijmak. Pada peringkat permulaan
Islam, seseorang itu diperintahkan berwasiat kepada kedua ibu bapak dan kaum
kerabat yang terdekat sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah
ayat 180 yang bermaksud: “Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara
kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak,
(hendaklah ia) berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya dengan cara yang
baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”.
Namun kebanyakan para
sahabat antaranya Saidina Abu Bakar, Ali, Ibn Umar dan Mazhab Sunni yang empat
termasuk Imam Syafie berpendapat bahawa hukum wajib ini telah dimansuhkan
dengan turunnya ayat-ayat al-Mawarith (ayat 11, 12, dan 176 surah al-Nisa’)
yaitu ayat yang secara khusus menyentuh peruntukan bagian-bagian yang telah
ditetapkan ke atas waris-waris dalam pembahagian harta pusaka. Oleh itu,
perintah wajib tersebut telah dimansuhkan namun perbuatan wasiat itu menjadi
suatu perbuatan yang digalakkan (disunatkan) masih kekal dan sebaik-baiknya
hendaklah wasiat itu ke atas keluarga yang miskin atau anak-anak yatim yang
tidak berhak mendapat harta pusaka. Firman Allah S.W.T lagi dalam surah
al-Ma’idah ayat 106 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, apabila
salah seorang kamu menghadapi kamatian, sedang dia akan berwasiat, maka
hendaklah
(wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian”. Terdapat juga hadis-hadis yang menggalakkan seseorang itu membuat wasiat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiada hak (patut) bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan dibiarkan hingga dua malam melainkan wasiatnya itu tertulis di sisinya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
(wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian”. Terdapat juga hadis-hadis yang menggalakkan seseorang itu membuat wasiat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiada hak (patut) bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan dibiarkan hingga dua malam melainkan wasiatnya itu tertulis di sisinya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini jelas bahawa
langkah berhati-hati perlu dilakukan yaitu dengan menulis wasiat karna seseorang
itu tidak tahu bila ajalnya tiba. Kemungkinan kelalaiannya boleh mengakibatkan
segala hajatnya tidaka akan tercapai. Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud: “Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat
berwasiat” (Hadis riwayat Ibn Majah). Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan
wasiat maka dia mati di atas jalan yang satu dan mengikut sunnah dan dia mati
sebagai seorang yang bertaqwa dan bersyahadah serta mati dalam keadaan
dosa-dosanya diampunkan” (Hadis riwayat Ibn Majah). Dari amalan para sahabat
menunjukkan mereka berwasiat dengan sebahagian harta mereka dengan tujuan
mendekatkan diri kepada Allah.
Menurut satu riwayat
daripada Abdul Razak sesungguhnya Anas r.a berkata yang bermaksud: “Mereka
(sahabat) menulis pada wasiat mereka: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih. Ini adalah wasiat fulan bin fulan bahawa dia bersaksi bahwa
tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya. Dia juga bersaksi bahawa
Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Dia juga bersaksi bahawa hari kiamat pasti
akan tiba dan Allah akan membangkitkan manusia dari kubur. Dia mewasiatkan ahli
keluarganya yang masih tinggal agar takutkan Allah dan saling memelihara
hubungan mereka. Hendaklah mereka mentaati Allah dan rasulNya sekiranya mereka
orang-orang yang beriman. Dia mewasiatkan mereka sebagaimana wasiat Nabi
Ibrahim dan Nabi Yaakub kepada keturunan mereka...”.
Dari segi ijmak, telah
berlaku ijmak di kalangan para fuqaha’ Islam
semenjak dari zaman sahabat bahawa wasiat adalah harus dan tidak pula
diriwayatkan bahawa ada di kalangan mereka yang menolaknya.
semenjak dari zaman sahabat bahawa wasiat adalah harus dan tidak pula
diriwayatkan bahawa ada di kalangan mereka yang menolaknya.
c.
Hukum
Berwasiat
Sebagaimana yang
dijelaskan sebelum ini bahawa pada peringkat permulaan Islam hukum berwasiat
adalah wajib (lihat ayat 180 Surah al-Baqarah), namun hukum berkenaan telah
dinasakhkan oleh ayat al-mawarith (ayat 11, 12, dan 176 Surah al-Nisa’). Walau
bagaimanapun, amalan wasiat masih lagi digalakkan dengan had maksimum 1/3 harta
pusaka dan ditujukan kepada bukan waris.
Mengikut pendapat mazhab
sunni yang empat dan al-Zaidiyyah bahwa sesungguhnya wasiat itu tidak
difardukan ke atas setiap orang yang mempunyai harta dan tidak juga difardukan
untuk kedua ibu bapak dan kaum kerabat yang tidak menjadi waris, akan tetapi
hukumnya adalah bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu, contohnya seperti
berikut:
1)
Wajib
- jika terdapat tanggungjawab syarie yang perlu dilaksanakan seperti zakat dan
haji dan dia bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan. Begitu juga,
jika berkaitan dengan hutang dan wadiah sekiranya pemilik sebenar tidak
dikenali oleh orang lain.
2)
Sunat
– jika berwasiat untuk kaum kerabat yang memerlukan sedangkan mereka tidak
berhak mendapat harta pusaka. Begitu juga berwasiat kepada orang miskin dan
untuk tujuan kebajikan pada jalan Allah.
3)
Harus
– jika berwasiat kepada sahabat handai atau orang kaya yang mana mereka bukan
dari golongan yang berilmu dan beramal soleh.
4)
Makruh
– jika pewasiat seorang yang kurang berada dan mempunyai waris-waris yang ramai
serta memerlukan harta.
5)
Haram
– jika berwasiat kepada perkara yang haram.
d.
Rukun dan Syarat Wasiat
Wasiat mempunyai rukun
dan syarat seperti berikut:
a)
Pewasiat
(Musi)
Pewasiat hendaklah
seorang yang mukallaf (baligh dan berakal), merdeka dan dengan pilihan sendiri
serta pemilik kepada harta yang diwasiatkan. Menurut Seksyen 6, Enakmen Wasiat
Orang Islam Selangor 1999, Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005 dan Enakmen
Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 memperuntukkan bahawa seorang pewasiat
hendaklah telah mencapai umur 18 tahun, sempurna akal, bertindak dengan
sukarela dan tidak dipaksa serta tidak dilarang daripada menguruskan hartanya.
b). Penerima wasiat (Musa lahu)
Penerima wasiat hendaklah
diketahui (kecuali untuk perkara kebajikan), wujud pada masa kematian pewasiat,
berkeahlian memiliki harta dan bukan waris mengikut pendapat jumhur ulama’
(Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali). Penerima wasiat juga boleh terdiri
daripada golongan fakir miskin, ulamak, masjid, sekolah dan sebagainya yang
berbentuk umum dan tidak dikhususkan, tetapi wasiat tersebut bukanlan bertujuan
maksiat.
c). Harta yang diwasiatkan (Musa bihi)
Harta yang diwasiatkan
sama ada harta alih atau tak alih atau manfaat yang bernilai di sisi syarak,
boleh dipindah milik selepas kematian pewasiat dan wujud dalam milikan pewasiat
(jika ditentukan) atau wujud semasa kematian pewasiat (jika tidak ditentukan).
d). Sighah (Ijab dan Qabul)
Sighah wasiat boleh berlaku sama ada secara sarih atau kinayah dan sama
ada melalui lisan, tulisan atau isyarat. Antara syarat sighah adalah seperti
berikut:
Ø Qabul atau penerimaan dianggap sah jika dibuat selepas kematian
pemberi wasiat. Penerimaan atau penolakan yang dibuat pada masa hidup pemberi
wasiat tidak dikira.
Ø Penerimaan oleh penerima wasiat tidak disyaratkan dengan segera
apabila telah berlaku kematian pemberi wasiat.
Ø Sesuatu wasiat itu tidak memerlukan penerimaan sekiranya ia untuk
pihak yang umum yang tidak ditentukan seperti wasiat untuk fakir miskin dan
ulamak.
Ø Jika wasiat itu untuk seseorang yang khusus atau orang-orang yang
tertentu yang terhad bilangannya maka disyaratkan penerimaan atau persetujuan
penerima wasiat sebagai bukti penerimaan kerana ada kemungkinan penerima wasiat
menolak wasiat tersebut. Jika berlaku penolakan daripada penerima wasiat maka
dikatakan wasiat itu batal.
Ø Pewasiat boleh meletakkan syarat dalam wasiatnya tetapi hendaklah
tidak menyalahi syarak. Pemberi wasiat boleh berwasiat kepada bayi yang masih
dalam kandungan dengan syarat bayi tersebut wujud pada masa wasiat itu dibuat
dan bayi itu hendaklah dilahirkan hidup.
Ø Sekiranya penerima wasiat meninggal dunia selepas pewasiat tetapi belum
sempat menyatakan sama ada menerima atau menolak wasiat tersebut, maka waris
penerima wasiat boleh sama ada menerima atau menolak wasiat tersebut.
e.
Jenis
Wasiat
Jika dilihat kepada
penerima, lafaz dan harta yang diwasiatkan secara terperinci, maka wasiat
terbahagi kepada empat jenis yaitu wasiat mutlak, wasiat bersyarat, wasiat am
dan wasiat khas:
1. Wasiat
Mutlak
Wasiat mutlak ialah
wasiat yang dilakukan dengan bebas atau tidak terikat dengan syaratsyarat
tertentu yang dikenakan ke atas harta diwasiatkan yang mungkin diletakkan oleh
pemberi wasiat. Oleh itu, mengikut mazhab Syafie dan Hanbali, kesan dari wasiat
mutlak ini ialah ia akan berkuatkuasa selama-lamanya.
2. Wasiat Bersyarat
Wasiat bersyarat ialah
wasiat yang mengandungi syarat-syarat tertentu yang dikenakan oleh pewasiat.
Para fuqaha’ bersependapat bahawa sah.
syarat-syarat diletakkan
dalam wasiat asalkan ia tidak menyalahi syarak sama ada dari sudut harta,
tujuan atau cara mengerjakan syarat-syarat yang dikenakan dan hendaklah wasiat
itu membawa kebaikan kepada penerima, pewasiat atau selainnya. Oleh itu, wasiat
yang mempunyai syarat-syarat yang sah akan mengikat penerima dan terpulang
kepada penerima wasiat sama ada menerima wasiat yang berserta syarat-syaratnya
atau menolak wasiat tersebut. Sekiranya syarat-syarat yang terkandung di dalam
wasiat bersyarat ini adalah sah di sisi syarak tetapi tidak dipenuhi oleh
penerima wasiat maka kesannya ialah wasiat itu menjadi batal.
3. Wasiat Am
Wasiat am adalah wasiat
yang dibuat berbentuk umum seperti kepada penduduk sesebuah kampung atau
bandar. Wasiat yang berbentuk sedemikian adalah merangkumi kesemua ahli
penduduk tempat tersebut sama ada Islam ataupun kafir. Adapun bilangan yang
paling minimum penerima sesuatu wasiat yang umum yang ditujukan kepada kumpulan
yang ramai seperti penduduk sesuatu tempat maka memadai dengan tiga orang
mewakili kumpulan yang ramai tersebut menurut pendapat Imam Syafie. Namun
terdapat perbezaan pendapat di kalangan fuqaha’ mazhab Hanafi, Abu Yusuf
mengatakan adalah memadai sekiranya wasiat itu diberikan kepada seorang
daripada kumpulan yang ramai itu, sedangkan Muhammad Hassan al-Shaybani pula
menyatakan hendaklah sekurangkurangnya diberikan kepada dua orang daripada
mereka.
Jika pewasiat menyatakan
golongan penerima wasiat tidak jelas iaitu hanya secara umum sahaja seperti
mewasiatkan kepada fakir miskin maka menurut pendapat Imam Syafie harta yang
diwasiatkan itu hendaklah digunakan untuk kepentingan fakir miskin di tempat
harta itu berada. Harta yang diwasiatkan itu boleh diberikan kepada daerah atau
negeri lain yang berdekatan sekiranya harta itu terlalu banyak dan penduduk di
kawasan tersebut menerima bahagian yang memadai dan mencukupi untuk keperluan
hidup mereka.
Dalam Seksyen 17(4) dan
(5) Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, (peruntukan yang sama juga
terdapat dalam Seksyen 17(4) dan (5) Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005 dan
Enakmen Wasiat Orang
Islam Negeri Sembilan 2004) memperuntukkan: “Jika benefisiari ialah suatu badan yang diperbadankan, penerimaannya atau penolakannya hendaklah dibuat oleh wakil sah badan yang diperbadankan tersebut.” “Jika wasiat itu telah dibuat kepada kumpulan orang yang tidak diperbadankan, penerimaannya dan penolakannya adalah tidak diperlukan dan wasiat itu hendaklan dibahagikan kepada sekurang-kurangnya tiga orang dari kumpulan orang tersebut”.
Islam Negeri Sembilan 2004) memperuntukkan: “Jika benefisiari ialah suatu badan yang diperbadankan, penerimaannya atau penolakannya hendaklah dibuat oleh wakil sah badan yang diperbadankan tersebut.” “Jika wasiat itu telah dibuat kepada kumpulan orang yang tidak diperbadankan, penerimaannya dan penolakannya adalah tidak diperlukan dan wasiat itu hendaklan dibahagikan kepada sekurang-kurangnya tiga orang dari kumpulan orang tersebut”.
Pewasiat yang hendak
mewasiatkan harta perlulah menyatakan dengan jelas dan betul supaya tidak
menimbulkan kekeliruan. Namun bagi pewasiat yang berwasiat dengan harta dan
kadarnya yang dinyatakan dalam bentuk umum yang mengelirukan, sebagai contoh:
“Berikan sedikit pemberian atau sebahagian atau sesuatu daripada hartaku
setelah kematianku” atau “Berikan sesuatu kepada si pulan setelah kematianku”
maka menurut pendapat para fuqaha’ termasuk Imam Syafie, Hanafi, Hanbali dan
lain-lain hanya waris pewasiat yang berhak menentukan maksud sebenar yang
terkandung dalam pemberian itu.
4. Wasiat Khas
Wasiat khas adalah
wasiat yang dikhususkan untuk pihak tertentu. Terdapat kemungkinan pewasiat
dalam berwasiat kepada seseorang yang tertentu membuat perbandingan kadar yang
hendak diwasiatkan dengan kadar yang sepatutnya diterima oleh salah seorang
waris pewasiat. Sebagai contoh, pewasiat mewasiatkan supaya memberikan hartanya
kepada seseorang tertentu dengan kadar yang sama banyak dengan kadar anak
lelakinya. Dalam kes ini, maka perlu dipastikan pewasiat ada meninggalkan anak
atau tidak, jantina anak dan jumlah anaknya.
Menurut pendapat Imam
Syafie, Imam Hanafi, al-Sha’bi, al-Nakha’i dan al- Thawri, sekiranya pewasiat
mewasiatkan bahagian anak lelakinya sedangkan ia mempunyai seorang sahaja anak
maka kadar pemberian wasiat yang dibenarkan ialah 1/2 bahagian harta tetapi
jika anaknya tidak bersetuju dengan lebihan kadar wasiat yang dibenarkan itu
maka wasiat itu hanya sah setakat 1/3 bahagian sahaja. Seterusnya, jika
diwasiatkan dengan kadar bahagian anak-anaknya dan pewasiat hanya ada dua orang
anak sahaja maka
penerima wasiat berhak mendapat 1/3 bahagian harta sahaja. Namun begitu,
sekiranya pewasiat mempunyai seorang anak lelaki dan seorang perempuan dan
pewasiat berwasiat menyatakan supaya diberikan kepada penerima wasiat
sebagaimana bahagian salah seorang anaknya maka di sini penerima wasiat berhak
menerima kadar bahagian harta yang diterima oleh anak perempuan kerana itu
adalah kadar yang terendah yang boleh diberikan kepadanya. Dan sekiranya
pewasiat mewasiatkan dengan kadar bahagian anaknya sedangkan anaknya kafir,
pembunuh atau sebagainya yang terdinding secara langsung (hirman) daripada
menerima harta wasiat maka wasiat yang sedemikian adalah batal kerana harta itu
diwasiatkan seperti bahagian mereka yang tidak berhak mendapat bahagian
daripada harta pusaka.
f.
Kadar
Harta yang Boleh Diwasiatkan
Kadar harta yang boleh
diwasiatkan oleh pewasiat menurut ketentuan syarak adalah setakat 1/3 sahaja
daripada harta bersih peninggalannya yang masih ada pada waktu kematiannya
setelah digunakan untuk belanja pengebumiannya dan penunaian hutang-hutangnya
jika ada yang menjadi tanggungan pewasiat. Oleh itu, wasiat yang melebihi kadar
1/3 harta pewasiat adalah tidak sah kecuali waris-waris bersetuju dengan kadar
yang lebih itu.
Jika waris-waris
bersetuju, maka wasiat lebih daripada 1/3 adalah sah, dan jika mereka tidak
bersetuju maka wasiat hanya sah setakat 1/3 sahaja dalan lebihan daripada itu
menjadi harta pusaka. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang
bermaksud: Sa’ad Bin Abu Waqqas berkata: “Telah datang Rasulullah s.a.w
untuk melihatku sedang aku berada di Makkah. Aku berkata, “Wahai Rasulullah,
apakah aku harus mewasiatkan semua hartaku.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku
berkata, “Sebahagiannya.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku berkata, “Sepertiga.”
Baginda menjawab, “Ya, sepertiga.” Dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya
apabila engkau meninggalkan ahli waris kaya itu lebih baik daripada engkau
meninggalkan mereka miskin, meminta-minta kepada manusia dengan tangan mereka”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jika pewasiat tidak
mempunyai waris, maka menurut pendapat mazhab Hanafi wasiat yang melebihi 1/3
harta adalah sah. Tetapi menurut pendapat jumhur, wasiat yang melebihi kadar
1/3 adalah tidak harus secara mutlak kerana ia melibatkan hak orang Islam.
Mengenai masalah kadar
sebenar harta yang ada pada pewasiat sama ada diketahui atau sebaliknya atau
termasuk harta pertambahan yang diperolehi yang tidak diketahui oleh pewasiat,
terdapat perselisihan di kalangan fuqaha’ iaitu menurut jumhur fuqaha’ termasuk
mazhab Syafie dan Hanafi, pewasiat tidak disyaratkan mengetahui kadar sebenar
harta yang ada pada masa ia melakukan wasiat kerana harta sebenar yang diambil
kira adalah harta yang ada pada waktu kematiannya.
Kesan positif daripada
sekatan berwasiat hanya sekadar 1/3 sahaja daripada harta peninggalan pewasiat
adalah untuk memelihara kebajikan waris-waris pewasiat yang berhak ke atas
harta peninggalan tersebut. Ini ialah kerana berkemungkinan sama ada secara
sedar atau tidak pewasiat akan menafikan harta peninggalannya kepada
waris-waris yang berhak dengan melepaskan kesemua hartanya atau mengurangkan
bahagian mereka hingga menjejaskan kadar bahagian mereka.
Wasiat yang tidak
dijelaskan kadar sebenar yang sepatutnya diterima oleh penerima wasiat dan
gagal mendapatkan penjelasan yang sebenar daripada kenyataan pewasiat maka
menurut mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali terpulanglah kepada waris-waris
pewasiat untuk menentukan kadar yang sebenar.
Walaupun telah ditetapkan kadar maksima
harta yang boleh diwasiatkan adalah 1/3 tetapi para sahabat dan para fuqaha’
bersetuju bahawa kadar sebaik-baiknya untuk berwasiat adalah tidak melebihi
kadar maksimum tersebut. Ini adalah bersandarkan kepada beberapa hadis
berkaitan wasiat yang menekankan bahwa berwasiat dengan kadar 1/3 adalah banyak
dan menurut hadis yang diriwayatkan oleh Sa’ad bin Waqqas dan Sa’ad bin Malik
bahawa Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa kadar 1/3 itu adalah banyak. Para
sahabat sendiri umpamanya Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali tidak berwasiat
dengan kadar 1/3 di mana masing-masing berwasiat hanya sekadar 1/5 daripada
harta mereka dan begitu juga dengan Saidina Umar yang berwasiat dengan kadar
1/4 bahagian daripada hartanya. Menurut Qatadah, sebaik-baik berwasiat adalah
dengan kadar 1/5 bahagian harta dan demikian juga pendapat ahli-ahli fiqh
Basrah. Menurut al-Sha’bi, kebanyakan ulama’ cenderung dengan kadar 1/4 dan 1/5
daripada bahagian harta sahaja.
g.
Wasiat
ke atas Manfaat Harta
Kebanyakan para fuqaha’ termasuk mazhab
sunni yang empat berpendapat bahawa boleh berwasiat dengan manfaat sahaja iaitu
manfaat yang dibenarkan oleh syarak sedangkan ‘ain tetap berada pada waris
pewasiat. Ini adalah berpandukan kepada pandangan bahawa ‘ain dan manfaat boleh
dipisahkan maka dengan itu sah umpamanya berwasiat dengan hak menduduki sebuah
rumah, sewa rumah dan sebagainya sedangkan hak ke atas ‘ain tetap berada pada
waris pewasiat. Namun demikian, penggunaan harta manfaat itu hendaklah tidak
merosakkan harta ‘ain itu sendiri yang merupakan milik individu lain.
Merujuk dalam perkara
had penggunaan harta manfaat, terdapat perselisihan pendapat di kalangan para
fuqaha’ sunni. Fuqaha’ mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali membolehkan penerima
wasiat memanfaatkan semaksimum mungkin harta manfaat yang diperolehi seperti
menyewakannya, meminjamkannya atau mewasiatkan semula manfaat tersebut selagi
perbuatannya itu masih dalam tempoh sebagaimana yang dibenarkan dalam wasiat
tersebut. Tetapi jika terdapat sekatan atau larangan yang jelas ke atas
penerima wasiat dari melakukan tindakan sedemikian maka penerima wasiat
hendaklah menggunakan harta manfaat itu sendiri.
Berlainan pula dengan
fuqaha’ mazhab Hanafi yang menyatakan penerima wasiat manfaat tidak boleh
menyewakan atau meminjamkan kepada orang lain atau sebagainya yang berbentuk
melepaskan penggunaan harta itu kepada orang lain. Ini disebabkan penerima
manfaat pada hakikatnya tidak memiliki ‘ain itu sendiri kecuali hak yang
terbatas sahaja yaitu penerima yang diwasiatkan sahaja berhak menggunakan harta
manfaat tersebut. Walau bagaimanapun, dalam hal yang berkaitan dengan
pemindahan milik hak manfaat ke atas harta yang diterima daripada pewasiat
kepada orang lain seperti menjualkannya, para fuqaha’ bersependapat bahawa
penerima wasiat tersebut tidak berkuasa berbuat sedemikian kerana penerima
tidak memiliki ‘ain harta itu sendiri. Dalam hal tanggungjawab penjagaan harta
manfaat termasuk mengeluarkan belanja untuk maksud tersebut, menurut mazhab Syafie,
Hanbali dan pendapat Abu Thawr, masingmasing pihak tidak boleh memaksa pihak
yang satu lagi mengeluarkan belanja untuk maksud tersebut jika manfaat yang
diwasiatkan itu bukan daripada sesuatu yang bernyawa.
Dengan itu, sekiranya penerima wasiat tidak menerima hasil dari tanaman
yang diwasiatkan pada tahun itu maka ia tidak boleh meminta gantirugi daripada
waris-waris pewasiat yang memiliki ‘ain harta tersebut. Berkenaan dengan had
masa pula, pewasiat boleh menetapkan tempoh sah wasiat manfaat sama ada
dinyatakan dengan jelas atau sebagainya tanpa menetapkan tempoh yang tertentu.
Antara beberapa contoh yang dibawa oleh para fuqaha’ berkenaan masalah ini
ialah:
1)
Menurut
jumhur fuqaha’ termasuk mazhab Syafie, sekiranya di dalam wasiat itu dinyatakan
untuk selama-lamanya bermaksud selama kebun itu mengeluarkan hasil akan menjadi
kepunyaan penerima dan jika penerima mati maka diganti dengan waris penerima
tersebut tetapi jika dinyatakan untuk selama hidup penerima maka hanya setakat
itu sahajalah hak penerima.
2)
Bagi
wasiat yang dinyatakan secara mutlak, seperti diwasiatkan buah-buahan di
kebunnya tanpa sebarang kaitan atau had tertentu, maka menurut mazhab Syafie
dan Hanbali, penerima wasiat manfaat itu berhak menerima segala buah-buahan
yang ada pada masa kematian pewasiat dalam tempoh selama hidup penerima. Para
fuqaha’ bersetuju bahawa dalam wasiat manfaat untuk orang miskin atau untuk
golongan atau institusi yang tidak dapati ditentukan had umurnya, sama ada
pewasiat menyatakan untuk selama-lamanya atau tidak, ia tetap membawa erti
untuk selamalamanya kerana sifat penerima yang biasanya wujud berkekalan.
Berhubung dengan nilai kadar wasiat manfaat benda atau harta, para fuqaha’
berselisih pendapat dalam menetapkan nilai kadar 1/3 harta yang diambil sebagai
harta manfaat. Mengikut mazhab Hanafi dan Maliki, manfaat pada asalnya adalah
berdasarkan benda maka dalam wasiat manfaat akan dinilai harga benda atau modal
asal yang diambil manfaatnya dan bukannya manfaat itu sendiri sama ada ia bagi
tempoh sementara atau selama-lamanya. Dengan kadar 1/3 maka ia akan lebih mudah
digenapkan bahkan berkemungkinan melebihi kadar tersebut kerana di samping
harta asal, harta manfaat juga akan dinilai bersama. Sebagai contoh, A
mewasiatkan kepada B menduduki rumahnya selama satu tahun atau sebagainya, maka
dalam kes ini harga rumah itu akan dinilai dari segi sama ada masih dalam batas
1/3 harta wasiat yang dibenarkan atau melebihi. Sekiranya melebihi maka dengan
sendirinya wasiat itu tidak dapat dilaksanakan. Imam Malik bagaimanapun membuka
kemungkinan kepada waris-waris pewasiat untuk sama ada membayar ganti dalam
bentuk wang kepada penerima wasiat manfaat atau menyerahkan manfaat itu kepada
penerima. Adapun pendapat mazhab Syafie dan Hanbali adalah sama iaitu kedua-dua
jenis wasiat iaitu wasiat dengan harta asal dan harta manfaat adalah dua wasiat
yang berlainan. Oleh itu, mereka berpendapat bahawa penilaian kedua-dua jenis
wasiat itu hendaklah dipisahkan. Jika nilai harta manfaat itu masih dalam had
1/3 harta peninggalan pewasiat maka ia tetap sah.
h.
Wasiat
kepada Waris
Waris ialah orang yang berhak mendapat
harta pusaka si mati sama ada dia terdiri daripada waris ashab al-furud atau
‘asabah. Seksyen 2(1) Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, Enakmen Wasiat
Orang Islam Melaka 2005 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004
mentafsirkan waris ialah seseorang yang mempunyai hak mewarisi harta pusaka
menurut hukum syarak. Waris sebagai penerima wasiat mestilah menjadi waris
ketika kematian pewasiat bukan ketika wasiat dibuat. Oleh itu, jika seseorang
mewasiatkan sebahagian hartanya kepada saudaranya ketika beliau tidak mempunyai
anak kemudian beliau mendapat anak lelaki sebelum meninggal dunia, maka wasiat
tersebut adalah sah. Para ulamak berselisih pendapat dalam menentukan hukum
berwasiat kepada waris seperti berikut:
1.
Jumhur ulamak berpendapat bahawa wasiat
kepada waris adalah tidak sah, kecuali mendapat persetujuan daripada semua
waris. Jika mereka bersetuju, maka wasiat itu sah dan sebaliknya jika mereka
tidak bersetuju maka wasiat itu tidak
sah. Persetujuan mereka hendaklah dibuat selepas kematian pewasiat dan mereka
yang memberi persetujuan hendaklah berkelayakan berbuat demikian. Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menetapkan hak bagi setiap
empunyanya, oleh itu tidak harus berwasiat kepada waris” (Hadis riwayat
al-Tirmidhi). Mana-mana waris yang menerima wasiat tersebut ketika hayat
pewasiat boleh menolaknya selepas kematian pewasiat. Begitu juga, mana-mana
waris yang menolaknya ketika hayat pewasiat boleh menerimanya selepas kematian
pewasiat. Jika selepas kematian pewasiat, hanya sebahagian waris sahaja yang
bersetuju tetapi sebahagian yang lain membantah, maka wasiat itu dibatalkan
daripada bahagian waris yang membantah tetapi dilaksanakan pada bahagian waris
yang bersetuju mengikut kadar bahagian mereka di dalam pusaka.
2.
Syiah
Imamiyyah, Ismailiyyah dan sebahagian Zaidiyyah berpendapat bahawa wasiat
kepada waris adalah harus dan boleh dilaksanakan tanpa persetujuan waris-waris
lain. Kedudukannya sama seperti wasiat kepada bukan waris.
3.
Al-Muzani,
al-Subki dan al-Zahiri berpendapat bahawa wasiat kepada waris adalah tidak sah
sekalipun mendapat keizinan daripada waris-waris yang lain. Namun waris yang
berkenaan boleh mengizinkan bahagian pusaka masing-masing tetapi bukan dalam
bentuk wasiat.
4.
Mazhab
Maliki berpendapat bahawa wasiat kepada waris adalah batal secara mutlak.
Wasiat kepada waris dalam undang-undang wasiat beberapa negara Islam adalah
berbezabeza. Menurut Perkara 37, Undang-undang Wasiat Mesir 1946 menyatakan
bahawa sah wasiat kepada waris dengan kadar 1/3 tanpa perlu mendapat persetujuan
daripada waris waris yang lain. Peruntukan ini ada persamaan dengan peruntukan
Seksyen 26(2)
Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 yang memperuntukkan: “Sesuatu wasiat (bekues) yang dibuat kepada seseorang waris atas kadar yang melebihi 1/3, hendaklah tidak boleh berkuat kuasa (tidak boleh dikuatkuasakan) sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya (melainkan jika waris-waris mempersetujuinya) selepas kematian pewasiat”. Manakala menurut Perkara 238(2) Qanun al-Ahwal al-Shaksiyyah Syria dan Perkara 247 Qanun al-Ahwal al-Shaksiyyah Kuwait memperuntukkan bahawa wasiat kepada waris adalah tidak sah sebagaimana pendapat jumhur ulamak di atas.
Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 yang memperuntukkan: “Sesuatu wasiat (bekues) yang dibuat kepada seseorang waris atas kadar yang melebihi 1/3, hendaklah tidak boleh berkuat kuasa (tidak boleh dikuatkuasakan) sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya (melainkan jika waris-waris mempersetujuinya) selepas kematian pewasiat”. Manakala menurut Perkara 238(2) Qanun al-Ahwal al-Shaksiyyah Syria dan Perkara 247 Qanun al-Ahwal al-Shaksiyyah Kuwait memperuntukkan bahawa wasiat kepada waris adalah tidak sah sebagaimana pendapat jumhur ulamak di atas.
i.
Pembatalan
Wasiat
Pembatalan wasiat boleh berlaku disebabkan
pewasiat sendiri, penerima wasiat atau harta yang diwasiatkan. Huraiannya
adalah seperti berikut:
1.
Pewasiat hilang keahlian seperti gila yang
berterusan Mazhab Hanafi berpendapat bahawa wasiat terbatal disebabkan pewasiat
gila, sama ada gila itu berterusan sehingga pewasiat meninggal dunia atau
tidak. Manakala menurut pendapat jumhur, wasiat tidak terbatal disebabkan
pewasiat gila, sama ada gila itu berterusan sehingga pewasiat meninggal dunia
atau tidak. Ini kerana, pewasiat mempunyai keahlian semasa melakukan wasiat dan
hilangnya keahlian selepas itu seperti gila tidak menyebabkan wasiat yang
dilakukannya semasa dia waras terbatal.
2.
Pewasiat murtad Mazhab Syafie dan Hanafi
berpendapat bahawa wasiat terbatal disebabkan pewasiat murtad dan dia meninggal
dunia dalam keadaan murtad. Begitu juga, penerima wasiat murtad boleh
menyebabkan wasiat terbatal menurut pendapat mazhab Maliki. Walau bagaimanapun,
menurut pendapat mazhab Hanbali wasiat yang dilakukan itu masih lagi sah
walaupun pewasiat murtad.
3.
Menggantungkan wasiat dengan sesuatu
syarat yang tidak berlaku Contohnya, seseorang berkata: “Jika aku meninggal
dunia disebabkan sakitku ini atau jika aku meninggal dunia dalam pengembaraanku
ini maka aku berikan kepada pulan sekian banyak hartaku”. Kemudian selepas itu
pewasiat tersebut tidak meninggal dunia, maka wasiat yang dilakukannya itu
terbatal kerana syarat tersebut tidak berlaku.
4.
Penarikan
balik wasiat
Penarikan balik wasiat yang telah
dilakukan oleh pewasiat adalah hak dan keistimewaannya yang boleh dibuat pada
bila-bila masa yang dikehendakinya, sama ada ke atas semua atau sebahagian dari
harta yang diwasiatkan. Ini kerana wasiat yang dilakukan itu merupakan suatu
akad yang tidak lazim dan dianggap belum sepenuhnya berkuatkuasa selama
pewasiat masih hidup serta pemberian wasiat juga merupakan perbuatan sukarela.
Penarikan balik wasiat boleh dilakukan secara terang-terangan seperti pewasiat
mengatakan “aku batalkan wasiatku itu”, “aku hapuskan wasiatku itu”, “harta ini
untuk warisku atau sebagai harta pusaka” atau seumpamanya. Selain itu,
penarikan balik juga boleh berlaku secara diam-diam yang akan membawa kesan
yang sama seperti penarikan secara terangterangan. Contohnya, pewasiat menjual
atau memberikan harta itu kepada orang lain atau pewasiat mengubah sifat harta
yang diwasiatkan seperti kain yang diwasiatkan itu dijadikan baju atau
sebagainya lagi sehingga hilang nama asal benda yang diwasiatkan itu.
Sebaliknya, jika hanya berlaku perubahan kepada harta berkenaan seperti
pertambahan maka ia tidak dianggap pewasiat telah menarik balik wasiatnya.
5.
Penolakan
wasiat
Wasiat juga terbatal jika sekiranya
penerima wasiat menolak atau tidak mau menerimanyaselepas kematian pewasiat.
6.
Penerima
wasiat meninggal dunia sebelum pewasiat
Keempat-empat mazhab sunni
bersependapat bahawa wasiat terbatal disebabkan kematian penerima wasiat
sebelum pewasiat meninggal dunia. Ini kerana wasiat hanya boleh berlaku selepas
kematian pewasiat dan penerima wasiat menerima wasiat tersebut. Begitu juga,
wasiat terbatal jika penerima wasiat meninggal dunia selepas kematian pewasiat,
sedangkan penerima wasiat belum sempat menerimanya menurut pendapat jumhur
kecuali mazhab Hanafi.
7.
Penerima
wasiat membunuh pewasiat
Menurut pendapat mazhab Hanafi dan
Hanbali wasiat kepada pembunuh adalah terbatal, sama ada pembunuhan itu berlaku
sebelum berlaku wasiat seperti seseorang mencederakan seseorang lain dengan
tujuan membunuhnya, kemudian sebelum dia meninggal dunia, dia sempat
mewasiatkan hartanya kepada orang yang mencederakannya itu, atau selepas
berlakunya wasiat, walaupun diizinkan oleh waris-waris tetapi wasiat tersebut
tetap juga terbatal. Ini kerana mereka menyamakan halangan pewarisan dengan
wasiat. Oleh itu, bentuk pembunuhan yang menyebabkan terbatalnya wasiat menurut
kedua-dua mazhab ini adalah sama seperti halangan pewarisan. Walau
bagaimanapun, mazhab Syafie, Maliki dan Shiah Imamiyyah berpendapat bahawa wasiat
tersebut tidak terbatal walaupun pembunuhan itu secara sengaja atau bertujuan
untuk mempercepatkan kematian pewasiat supaya dia mendapat harta yang
diwasiatkan itu dengan segera. Ini kerana wasiat merupakan suatu akad pemilikan
sama seperti hibah dan iaberlainan dengan pewarisan. Di negeri-negeri yang
telah ada undang-undang wasiat seperti Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan,
memakai pendapat mazhab Hanafi dan Hanbali dalam soal penerima wasiat membunuh
pewasiat. Menurut Seksyen 14 Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999
(peruntukan yang sama juga terdapat dalam Seksyen 14 Enakmen Wasiat Orang Islam
Melaka 2005 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Semblian 2004)
memperuntukkan: “Sesuatu wasiat hendaklah menjadi batal sekiranya seseorang
benefisiari dengan sengaja menyebabkan kematian pewasiat, secara langsung atau
tidak langsung, sama ada dia bertindak sebagai prinsipal, rakan jenayah atau
pensubahat atau sebagai saksi palsu yang keterangannya menyebabkan hukuman mati
ke atas pewasiat dilaksanakan: Dengan syarat bahawa pembunuhan tersebut adalah
dilakukan tanpa hak dan keuzuran syarie dan benefisiari adalah sempurna akal
dan telah mencapai umur matang menurut hukum syarak”.
8.
Berlaku
kerosakan terhadap harta yang diwasiatkan
Wasiat terbatal jika harta yang
dinyatakan di dalam wasiat itu rosak sebelum berlaku penerimaan.
j.
Tatacara
Berwasiat
Dalam melakukan wasiat,
syarak tidak menetapkan bentuk yang perlu diikuti, maka wasiat yang dilakukan
itu sama ada secara ucapan, bertulis atau isyarat dibolehkan selagi tujuanb
pewasiat jelas dinyatakan dan cara yang dilakukan sesuai dengan keadaan pada
ketika itu. Walau bagaimanapun, sebaik-baik wasiat hendaklah dilakukan dalam
bentuk tulisan ketika badan masih lagi sihat dan disaksikan.
k.
Beberapa
Perkara Berkaitan dengan Wasiat
a. Wasiat kepada anak dalam kandungan
Para ulama sependapat bahawa sah berwasiat kepada anak yang masih dalam
kandungan ibunya tetapi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1.
Anak
itu telah wujud dalam kandungan ibunya semasa wasiat dibuat. Bagi menentukan
kewujudan janin dalam kandungan ibunya, maka bolehlah dilakukan dengan melihat
keadaan ibu atau berpandukan pengakuan ibu tersebut atau daripada kelahiran
janin dalam tempoh yang dibenarkan oleh syarak, iaitu dalam masa 6 bulan
setelah wasiat dibuat bagi ibu yang masih dalam perkahwinan atau dalam tempoh 4
tahun bagi ibu yang telah bercerai atau kematian suami dan tidak berkahwin
semula.
2.
Janin
hendaklah dilahirkan hidup secara keseluruhannya menurut pendapat mazhab Syafie,
Maliki dan Hanbali. Jika timbul keraguan sama ada kelahiran bayi itu sepenuhnya
hidup atau tidak maka ia perlu dipastikan oleh doktor pakar. Sekiranya jelas
bayi itu dilahirkan mati, maka harta yang diwasiatkan hendaklah dikembalikan
kepada waris-waris pewasiat sebagai harta pusaka.
b. Penerima wasiat mati sebelum
sempat menyatakan penerimaan wasiat
Dalam soal penerimaan
atau penolakan sesuatu wasiat, ia hendaklah berlaku selepas kematian pewasiat.
Oleh itu, penerimaan atau penolakan sesuatu wasiat semasa pewasiat masih hidup
tidak memberi kesan ke atas wasiat berkenaan kerana ia masih belum berkuat
kuasa. Sekiranya penerima wasiat meninggal dunia sebelum sempat menerima atau
menolak wasiat
yang dibuat kepadanya sedangkan kematiannya berlaku selepas kematian pewasiat, maka hak untuk menyatakan penerimaan atau penolakan akan berpindah kepada waris-waris penerima wasiat. Walau bagaimanapun, pendapat para ulamak dalam mazhab Hanafi bahawa wasiat tersebut dengan sendirinya berpindah kepada waris-waris penerima wasiat tanpa perlu kepada penyataan penerimaan daripada mereka. Seksyen 17(6) Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999 (peruntukan yang sama juga terdapat dalan Seksyen 17(6) Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004) memperuntukkan: “Jika seseorang benefisiari mati sebelum dia sempat menerima atau menolak wasiat, wariswarisnya hendaklah menentukan sama ada hendak menerima atau menolak wasiat tersebut”. Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali menyatakan bahawa penyataan penerimaan daripada penerima hendaklah jelas dalam bentuk apa sahaja yang boleh difahami. Oleh itu, sekiranya penerima wasiat gagal memberi keputusannya sama ada menerima atau menolak wasiat berkenaan selepas beberapa ketika maka hendaklah diminta supaya penerima memberi jawapannya, dan kalau dia terus enggan menyatakannya maka dengan sikapnya itu boleh dihukumkan sebagai menolak pemberian itu. Seksyen 18(1) dan (2) Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999 (peruntukan yang sama juga terdapat dalan Seksyen 18(1) dan (2) Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004) memperuntukkan: “Penerimaan dan penolakan sesuatu wasiat bolehlah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari selepas seseorang benefisiari mengetahui tentang kematian pewasiat dan wujudnya wasiat tersebut: Dengan syarat benefisiari tersebut tidak mempunyai apa-apa keuzuran yang munasabah yang menyebabkan kelewatan penerimaan dan penolakannya terhadap wasiat itu. Seseorang waris pewasiat boleh membuat permohonan di Mahkamah untuk mendapat satu perintah mengarahkan seseorang benefisiari menyatakan penerimaan atau penolakannya terhadap sesuatu wasiat”.
yang dibuat kepadanya sedangkan kematiannya berlaku selepas kematian pewasiat, maka hak untuk menyatakan penerimaan atau penolakan akan berpindah kepada waris-waris penerima wasiat. Walau bagaimanapun, pendapat para ulamak dalam mazhab Hanafi bahawa wasiat tersebut dengan sendirinya berpindah kepada waris-waris penerima wasiat tanpa perlu kepada penyataan penerimaan daripada mereka. Seksyen 17(6) Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999 (peruntukan yang sama juga terdapat dalan Seksyen 17(6) Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004) memperuntukkan: “Jika seseorang benefisiari mati sebelum dia sempat menerima atau menolak wasiat, wariswarisnya hendaklah menentukan sama ada hendak menerima atau menolak wasiat tersebut”. Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali menyatakan bahawa penyataan penerimaan daripada penerima hendaklah jelas dalam bentuk apa sahaja yang boleh difahami. Oleh itu, sekiranya penerima wasiat gagal memberi keputusannya sama ada menerima atau menolak wasiat berkenaan selepas beberapa ketika maka hendaklah diminta supaya penerima memberi jawapannya, dan kalau dia terus enggan menyatakannya maka dengan sikapnya itu boleh dihukumkan sebagai menolak pemberian itu. Seksyen 18(1) dan (2) Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999 (peruntukan yang sama juga terdapat dalan Seksyen 18(1) dan (2) Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004) memperuntukkan: “Penerimaan dan penolakan sesuatu wasiat bolehlah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari selepas seseorang benefisiari mengetahui tentang kematian pewasiat dan wujudnya wasiat tersebut: Dengan syarat benefisiari tersebut tidak mempunyai apa-apa keuzuran yang munasabah yang menyebabkan kelewatan penerimaan dan penolakannya terhadap wasiat itu. Seseorang waris pewasiat boleh membuat permohonan di Mahkamah untuk mendapat satu perintah mengarahkan seseorang benefisiari menyatakan penerimaan atau penolakannya terhadap sesuatu wasiat”.
c. Wasiat wajibah
Pada dasarnya, pemberian
wasiat itu adalah suatu tindakan ikhtiyariyyah iaitu suatu tindakan yang
dilakukan atas dorongan kemahuan sendiri. Oleh itu, tidak terdapat di dalam
syariat Islam istilah wasiat wajibah menurut pendapat jumhur fuqaha’. Walau
bagaimanapun, sebahagian fuqaha’ tabi’in, imam-imam fiqh dan hadis seperti Said
bin al- Musayyab, al-Hasan al-Basri, Imam Ahmad bin Hanbal, Daud bin Ali
al-Zahiri, Ishaq bin Rahawayh, Ibn Jarir, Ibn Hazm dan lain-lain berpendapat
bahawa wasiat untuk kaum kerabat terdekat yang tidak mendapat bahagian pusaka
adalah wajib. Mereka bersandarkan kepada firman Allah dalam surah al-Baqarah,
ayat 180 yang bermaksud: “Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang daripada
kamu menghampiri kematian, kalau dia mempunyai harta, supaya berwasiat untuk
ibu bapanya dan kaum kerabatnya yang terdekat dengan cara yang baik, sebagai
suatu kewajipan ke atas orang yang bertaqwa”. Jumhur fuqaha’ mengatakan bahawa
ayat di atas telah dinasakhkan (dibatalkan) oleh ayatayat pewarisan (ayat
al-mawarith) iaitu ayat 11, 12 dan 176 surah al-Nisa’ dan hadis Rasulullah s.a.w.
Oleh itu, kewajipan berwasiat kepada kaum kerabat dan orang lain adalah telah
dinasakhkan hukumnya. Manakala sebahagian fuqaha’ yang lain mengatakan bahawa
ayat di atas tidak pernah dinasakhkan, bahkan ayat di atas boleh difahamkan
sebagai membawa maksud bahawa kewajipan berwasiat ditujukan kepada keluarga
yang tidak berhak mendapat bahagian harta pusaka sahaja kerana ayat-ayat
pewarisan adalah jelas telah ditetapkan bahagian setiap waris yang berhak.
Tegasnya, mereka telah menggabungkan pengertian di antara ayat wasiat dan ayat
pewarisan sehingga konsep wasiat wajibah dapat secara berkesan dilaksanakan
kepada kaum keluarga terdekat yang terlindung daripada mendapat bahagian
pusaka. Wasiat wajibah ialah sebahagian daripada harta peninggalan yang
diperuntukkan oleh undang-undang untuk anak-anak yang kematian ibu atau bapa
sebelum datuk atau nenek atau mereka meninggal serentak dan anak-anak tersebut
tidak mendapat bahagian daripada harta peninggalan datuk atau nenek mereka
kerana didinding (dihijab) oleh bapa atau ibu saudara mereka. Justeru itu,
diberi kepada mereka dengan kadar dan syarat-syarat tertentu sebagai wasiat dan
bukannya sebagai pusaka.
RAJAH 1: Gambaran Bentuk Wasiat Wajibah
Dalam RAJAH di atas, didapati bahawa
Yusuf meninggal dunia lebih dahulu daripada bapaknya, Muhammad. Oleh itu,
anak-anak Yusuf yaitu Azizah dan Azhar merupakan ashab wasiat wajibah. Ini
kerna dalam pembahagian harta pusaka mereka berdua dihalang (dihijab) oleh
bapak saudara mereka yang terdiri daripada Rahim dan Musa dari menerima pusaka
datuknya, Muhammad. Justeru itu, berkewajipan ke atas datuk (Muhammad) membuat
wasiat kepada anak-anak Yusuf sejumlah harta yang patut diperolehi oleh Yusuf
sekiranya dia masih hidup selepas kematian bapaknya, Muhammad. Kebanyakan
undang-undang meletakkan beberapa syarat untuk melaksanakan wasiat wajibah ke
atas cucu lelaki dan perempuan. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:
1.
Mereka
tidak mendapat apa-apa bahagian harta pusaka datuk atau nenek mereka kerana
didinding oleh bapa atau ibu saudara mereka. Jika mereka berhak ke atas harta
pusaka walaupun bahagiannya lebih sedikit daripada wasiat wajibah, maka
wasiatwajibah tidak boleh berlaku. Muhammad Rahim Musa Yusuf (mati) Roziah Ramzi
Azizah Azhar
2.
Si
mati (datuk atau nenek) tidak memberikan hartanya kepada mereka sama ada
melalui cara hibah atau wasiat. Jika si mati telah memberikan kepada mereka
hartanya yang menyamai kadar wasiat wajibah, maka mereka tidak lagi berhak ke
atas harta pusaka tersebut. Walau bagaimanapun, jika pemberian itu kurang
daripada hak yang sepatutnya mereka dapat melalui wasiat wajibah, maka wajib
diserahkan kepadamereka sebahagian dari harta pusaka itu supaya lengkap atau
sempurna bahagian wasiat wajibah tersebut.
3.
Ibu
atau bapa mereka hendaklah meninggal dunia sebelum kematian orang tuanya (datuk
atau nenek) atau mereka mati bersama-sama seperti tenggelam di laut, terbakar
atau sebagainya. Bagi fuqaha’ yang berpendapat bahawa wasiat adalah wajib ke
atas kaum keluarga terdekat yang tidak mendapat harta pusaka tidak menentukan
kadar atau bahagian yang sepatutnya mereka terima. Walau bagaimanapun,
kebanyakan undang-undang wasiat di negara-negara Islam menetapkan bahawa mereka akan mendapat bahagian sepertimana bahagian
yang sepatutnya diterima oleh bapa atau ibu mereka sekiranya mereka masih
hidup, tetapi kadar tersebut tidak boleh melebihi 1/3 daripada keseluruhan
harta pusaka. Kebelakangan ini terdapat beberapa buah negara Islam telah
meminjam dan menguatkuasakan konsep wasiat wajibah dengan ketetapan
undang-undang secara terhad kepada beberapa masalah semasa yang timbul daripada
pelaksanaan pembahagian pusaka. Mereka telah meminjam konsep keadilan yang
terdapat dalam sistem wasiat Islam yang memang pada asasnya bertujuan untuk
membawa kebaikan kepada mereka yang memerlukan. Di samping itu, hujah mereka
diperkuatkan lagi dengan meminjam pendapat sebahagian sahabat dan fuqaha’ yang
berpegang pada pentafsiran bahawa wajib berwasiat kepada kaum kerabat terdekat
yang tidak mendapat bahagian pusaka, sedangkan si mati ada meninggalkan harta.
Kesan daripada pandangan ini ialah beban kewajipan berwasiat kepada waris tidak
akan terlepas dengan kematian seseorang tetapi menjadi tanggungjawab warisuntuk
melaksanakan wasiat itu sekiranya si mati gagal berwasiat. Di antara
negara-negara yang telah mengkanunkan wasiat wajibah adalah Mesir, Syria,
Libya, Kuwait, Yaman, Maghribi, Jordan, Pakistan, Tunisia dan lain-lain lagi.
Di Malaysia, negeri Selangor merupakan negeri pertama yang memperuntukkan
wasiat wajibah di dalam Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999. Selepas itu,
peruntukan berkaitan dengan wasiat wajibah sebagaimana yang diperuntukkan oleh
Selangor telah diikuti oleh Negeri Sembilan di dalam Enakmen Wasiat Orang Islam
(Negeri Sembilan) 2004 dan Melaka di dalam Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri
Melaka) 2005. Walau bagaimanapun, dalam soal penentuan ashab wasiat wajibah
ini, beberapa negara-negara Islam yang memperuntukkan mengenai wasiat wajibah
boleh dibahagikan kepada empat kategori:
4.
Mesir,
Libya, Kuwait dan Yaman menetapkan bahawa ashab wasiat wajibah ialah cucu yang
kematian ibu atau bapa berhak mendapat wasiat wajibah. Namun demikian, cucu
yang kematian ibu berhak mendapat wasiat wajibah pada peringkat pertama sahaja,
sedangkan cucu yang kematian bapa berhak mendapat wasiat wajibah pada peringkat
pertama dan seterusnya ke bawah.
5.
Syria, Maghribi dan
Jordan menetapkan bahawa ashab wasiat wajibah ialah cucu yang kematian bapa
sahaja berhak mendapat wasiat wajibah. Sedangkan cucu yang kematian ibu tidak
berhak mendapat wasiat wajibah kerana tergolong dalam golongan waris dhawi al-arham.
6.
Pakistan
dan Tunisia pula menetapkan bahawa ashab wasiat wajibah ialah cucu yang
kematian ibu atau bapa pada peringkat pertama sahaja.
7.
Selangor,
Negeri Sembilan dan Melaka menetapkan bahawa ashab wasiat wajibah ialah cucu
yang kematian bapa pada peringkat pertama sahaja.
2. Aplikasi Wasiat Di Malaysia
Di Malaysia, apabila
seseorang itu mati maka hartanya yang ditinggalkannya boleh dibagikan kepada
tiga kategori yaitu:
a. Harta pusaka berwasiat
(testate estate) yaitu harta yang ditinggalkan oleh si mati yang keseluruhannya
mempunyai wasiat. Kategori ini tidak boleh berlaku kepada orang Islam kerana
Islam hanya membenarkan wasiat dibuat tidak melebihi kadar 1/3 harta
peninggalan. Sekiranya keadaan ini berlaku, maka wasiat hanya sah setakat 1/3
sahaja dan bukan kepada waris yang berhak mendapat harta pusaka. Walau
bagaimanapun, jika waris-waris bersetuju maka wasiat tersebut dianggap sah.
b. Harta pusaka tidak berwasiat
(intestate estate) iaitu harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati tanpa
wasiat. Kategori ini boleh berlaku kepada orang Islam dan bukan Islam. Dari
segi pelaksanaannya ia tertakluk kepada sama ada harta pusaka itu harta pusaka
besar, harta pusaka kecil atau harta pusaka ringkas.
c. Harta pusaka sebahagian
berwasiat dan sebahagian lagi tidak berwasiat (partly testate and partly
intestate) yaitu si mati meninggalkan harta pusaka di mana sebahagiannya berwasiat
dan sebahagian yang lain tidak berwasiat.
24
24
Kategori ini boleh berlaku kepada
orang Islam dan bukan Islam. Dalam bahagian ini, perbincangan akan difokuskan
kepada harta pusaka berwasiat sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya. Sekiranya
si mati ada meninggalkan wasiat maka menurut undang-undang di Malaysia,
pentadbirannya adalah tertakluk kepada Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (Akta
97). Ini bererti permohonan geran probet atau surat kuasa tadbir berkembar
hanya boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil sahaja. Permohonan geran probet
atau surat kuasa tadbir berkembar boleh dipohon oleh wasi yang dinamakan di
dalam wasiat si mati (pewasiat). Jika terdapat
bantahan atau pertikaian mengenai kesahan sesuatu wasiat, maka persoalan ini
perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Dalam kes Nik Salma Zaidah binti Haji
Wan Zaid lwn Nik Hasnah binti Nik Din dan Seorang Lagi [2002] XV JH 143, perayu
mendakwa bahawa bapa angkatnya telah berkata kepadanya di hadapan kedua-dua
responden bahawa beliau hendak membina sebuah rumah untuk diberikan kepadanya
(perayu). Sehubungan itu, bapa angkatnya telah menyediakan peruntukan bagi
pembinaan rumah tersebut. Walau bagaimanapun, rumah itu hanya dapat dibina
setelah kematian bapa angkatnya. Isunya adakah perkataan yang diucapkan oleh
bapa angkatnya boleh dianggap sebagai wasiat. Mahamah Rayuan Syariah Kota Bharu
Kelantan memutuskan bahawa perkataan tersebut boleh diterima sebagai wasiat
dengan cara kinayah dan perayu dianggap menerima wasiat tersebut apabila beliau
menguruskan pembinaan rumah tersebut dan kemudian mendudukinya. Walau
bagaimanapun, dalam soal pentadbiran harta pusaka sama ada berwasiat sama ada
semuanya bewasiat atau hanya sebahagian sahaja berwasiat, maka
undang-undangmemperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai kuasa bagi
mengeluarkan perintah dan bukannya Mahkamah Syariah sebagaimana telah
diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan dalam kes Jumaaton
dan Raja Delila lwn Raja Hizaruddin [1998] XII(II) JH 201. Bagi harta si mati
yang beragama Islam, probet perlu dipohon untuk pentadbiran harta yang
dinyatakan dalam wasiat. Disebabkan orang Islam hanya boleh mewasiatkan sekadar
1/3 daripada harta pusaka, maka surat kuasa tadbir pusaka juga perlu dipohon
untuk mentadbir harta-harta yang tidak dinyatakan dalam wasiatnya jika nilainya
melebihi RM600,000.00. Jika kurang daripada jumlah itu (harta pusaka kecil),
surat kuasa tadbir pusaka boleh terus dipohon di Pejabat Tanah (Seksyen
Pembahagian Pusaka). Kesan daripada bidang kuasa dua mahkamah yang berlainan
ini, orang Islam perlu berhubung dengan dua mahkamah dalah urusan harta yang
diwasiatkan; pertamanya melalui Mahkamah Syariah untuk menentukan kesahan
sesuatu wasiat jika timbulnya pertikaian; kedua melalui Mahkamah Tinggi Sivil
untuk mendapatkan probet bagi urusan pentadbiran harta tersebut jika nilainya
melebihi RM600,000.00. Dalam hal ini, orang Islam terpaksa merujuk kepada
kedua-dua mahkamah dalam urusan wasiat. Keadaan ini akan melibatkan masa dan
perbelanjaan tambahan kepada orang Islam. Pada masa ini, hanya Selangor, Melaka
dan Negeri Sembilan sahaja yang mempunyai undang-undang khusus berkaitan dengan
wasiat orang Islam. Mahkamah Syariah dinegerinegeri lain terpaksa berpandukan
peruntukan am, iaitu rujukan kepada hukum syarak dalam membicarakan kes-kes
berkenaan dengan wasiat. Keadaan ini boleh menyebabkan tiadanya keseragaman
undang-undang berkenaan dengan wasiat yang diaplikasikan di Malaysia. Walaupun
wasiat telah lama berakar umbi dalam masyarakat Islam di Malaysia, namun masih
terdapat kekaburan di kalangan umat Islam tentang pelaksanaannya. Dalam banyak
keadaan, mereka memahami wasiat sebagaimana wasiat orang bukan Islam yang boleh
berwasiat kepada waris dan tanpa had. Ketidakfahaman ini sudah tentu merumitkan
urusan pengendalian harta pusaka mereka apabila mereka telah meninggal dunia.
Hal ini berlaku mungkin kerana di Malaysia (kecuali Selangor, Melaka dan Negeri
Sembilan) belum terdapat undang-undang yang khusus berkaitan dengan wasiat.
Antara perkara yang menjadi salah faham di kalangan umat Islam di Malaysia
semasa melakukan amalan wasiat adalah seperti berikut:
a.
Masalah
wasiat melebihi kadar 1/3 daripada harta pewasiat.
b.
Masalah
penangguhan dalam penyerahan harta wasiat dengan meletakkan syarat yang tidak
menepati hukum syarak.
c.
Masalah
wasiat kepada waris.
d.
Masalah
pemberian pada masa marad al-mawt.
e.
Masalah
penamaan.
Isu yang dinyatakan di
atas merupakan perkara yang sering kali menjadi pertikaian di Mahkamah Syariah.
Secara asasnya, apabila timbul pertikaian di Mahkamah berkenaan dengan kesahan
sesuatu wasiat, Mahkamah perlu mentafsir dan menghuraikan kandungan wasiat
tersebut untuk menyelesaikan maslah yang timbul. Justeru itu, undang-undang
yang khusus mengenai wasiat orang Islam sangat diperlukan bagi membantu
Mahkamah menyelesaikan pertikaian yang berkaitan dengan permasalahan wasiat.
Kini terdapat beberapa
agensi yang terlibat dalam urusan yang berkaitan dengan wasiat. Kemunculan
agensi-agensi ini secara positifnya dapat membantu umat Islam dalam urusan yang
berkaitan dengan penulisan wasiat. Dengan adanya wasiat yang tertulis maka
segala urusan berkaitan dengan pembahagian harta pusaka menjadi lebih cepat.
Walau bagaimanapun, pemantauan dan pengawasan kepada agensi-agensi berkenaan
secara berpusat perlu dilakukan bagi mempastikan bahawa wasiat yang dibuat oleh
pewasiat itu benar-benar menepati kehendak syarak, walaupun setiap agensi
berkenaan telahpun ada panel penasihat syariah masing-masing.
B. HIBAH
1. Konsep hibah dalam islam
a.
Pengertian
Hibah
Hibah dari segi bahasa
bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi
hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hamper
sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu
pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari
yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk
memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara.
Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah,
tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah.
Kertas kerja ini
dibentangkan pada Konvensyen Faraid dan Hibah Kebangsaan 2008, anjuran JAKIM
pada 7 Agustus 2008 bertempat di Dewan Sebaguna, Masjid Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur. Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi
pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada
seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Secara lebih
khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu
pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela,
bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang, dengan
menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.
Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hidah adalah
seperti berikut:
a.
Suatu
akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
b.
Harta
yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
c.
Akad
hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
d.
Akad
hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.
e.
Ia
dibuaT secara sukarela tanpa paksaan.
f.
Akad
dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang
tertentu.
b.
Hukum
dan Pensyariatan Hibah
Dari segi hukum, hibah
adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali
kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al-Quran,
al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah
sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:“Kemudian jika mereka menyerahkan
kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah
(ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”
(Surah al-Nisa’ ayat 4). “... dan memberikan harta yang dicintainya kepada
kerabatnya, anak-anak yatim, orangorang miskin, musafir (yang memerlukan
pertolongan) dan orang-orang yang memintaminta dan (memerdekakan) hamba sahaya”
(Surah al-Baqarah ayat 177).
c.
Rukun
Hibah dan Syaratnya
Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun
dan syarat seperti berikut:
a.
Pemberi
hibah (al-Wahib)
Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian
seperti sempurna akal, baligh dan rushd. Pemberi hibah mestilah tuan punya
barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas
hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang
disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar
hukum syarak.
b. Penerima hibah (al-Mawhub lahu)
Penerima hibah boleh
terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta
sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf
seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada
walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah mestilah menerima
harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan
dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima hibah.
c. Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)
Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi
syarat-syarat berikut:
1.
Ia
hendaklah barang atau harta yang halal.
2.
Ia
hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.
3.
Barang
atau harta itu milik pemberi hibah.
4.
Ia
boleh diserah milikkan.
5.
Ia
benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang
belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah
hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya.
6.
Harta itu tidak
bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan seperti
pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah. Mengikut mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali,
hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah
hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh
dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai ataupeminjam.
d. Sighah iaitu ijab dan Kabul
Sighah hibah merupakan
lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah. Ia
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
1.
Ada
persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.
2.
Tidak
dikenakan syarat-syarat tertentu.
3.
Tidak
disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. Hibah yang disyaratkan dengan tempoh
tertentu seperti yang berlaku dalam al-‘umra dan al-ruqba adalah sah hukumnya
tetapi syarat tersebut adalah terbatal.
Di antara contoh lafaz
ijab secara terang (sarih) ialah seperti kata pemberi “Aku berikan barang ini
kepadamu” atau secara kinayah seperti kata pemberi “Aku telah menyerahkan
hakmilik kepadamu” atau “Aku jadikan barang ini untukmu”. Sementara contoh
lafaz qabul (penerimaan) pula ialah seperti “aku terima”, “aku redha” dan
sebagainya. Dalam undang-undang Islam, sesuatu hibah itu sudah sah dengan
adanya ijab dan qabul dengan perkataan atau apa-apa cara yang membawa erti
memberi milik harta tanpa balasan (‘iwad). Mengikut mazhab Maliki dan Syafie,
penerimaan (qabul) itu hendaklah diambilkira dalam menentukan sah atau tidaknya
sesuatu hibah. Sebaliknya, golongan Hanafi menganggap bahawa ijab sahaja sudah
memadai untuk menentukan sahnya sesuatu hibah itu.
d.
Penerimaan
Barang (al-Qabd) dalam Hibah
Istilah al-qabd
(penerimaan barang) bermaksud mendapat sesuatu, menguasainya dan boleh
melakukan tasarruf terhadap barang atau harta tersebut. Mengikut mazhab Hanbali
dan Maliki, penerimaan barang tidak disyaratkan dalam sesuatu hibah, malah
memadai dengan akad semata-mata. Ini bererti apabila berlaku kematian salah
seorang atau salah satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah
sebelum penyerahan barang, maka hibah itu tidak terbatal. Sebaliknya, mengikut
Abu Hanifah dan Syafie, penerimaan barang merupakan salah satu dari syarat sah
hibah. Oleh itu, apabila berlaku kematian salah satu dari dua pihak sebelum
penyerahan barang, maka hibah itu terbatal.
Dalam mazhab Syafie,
al-qabd merupakan syarat luzum, ertinya akad hibah tidak sempurna dan tidak
berkuat kuasa dengan ijab dan qabul semata-mata, kecuali selepas al-qabd.
Sekiranya al-qabd tidak berlaku maka akad hibah merupakan akad yang tidak
mengikat. Oleh itu, pemberi hibah berhak menarik balik hibah tersebut selama
mana harta berkenaan berada dalam pemilikannya.
Bagi mempastikan akad
hibah itu sempurna dan menjadi satu akad yang mengikat, al-qabd tertakluk
kepada syarat-syarat berikut:
1.
Mendapat
kebenaran dan keizinan pemberi hibah secara sarih.
2.
Harta
yang dihibah tidak bercampur dengan harta lain.
3.
Penerima
hibah berkeahlian iaitu baligh dan berakal. Bagi kanak-kanak dan orang gila
(atau tidak berkeahlian) maka walinya atau pemegang amanah boleh menerima harta
hibah bagi pihaknya.
Cara penerimaan barang
(al-qabd) adalah berbeza-beza mengikut jenis harta sama ada harta tak alih atau
harta alih. Bagi harta tak alih, al-qabd boleh berlaku dengan cara mengosongkan
harta itu, menguasainya dan melakukan tasarruf terhadap harta tersebut seperti
menyerah kunci dan seumpamanya. Manakala bagi harta alih pula, al-qabd boleh
berlaku dengan cara mengambil harta itu, memindah atau mengasingkan harta
tersebut dengan harta-harta lain.
e.
Hukum
Penarikan Balik atau Pembatalan Hibah
Apabila sempurna sesuatu
akad hibah dengan memenuhi rukun dan syaratnya serta berlaku penyerahan dan
penerimaan barang (al-qabd), maka harta itu menjadi milik penerima hibah
sekalipun tanpa balasan (‘iwad). Namun demikian, adakah hibah berkenaan boleh
ditarik balik selepas itu menjadi perselisihan di kalangan fuqaha’ seperti
berikut:
Menurut pendapat
mazhab Hanafi, pemberi hibah boleh tetapi makruh
menarik balik hibah yang telah diberikan dan dia boleh memfasakhkan
hibah tersebut walaupun telah berlaku penyerahan (qabd), kecuali jika hibah itu
dibuat dengan balasan (‘iwad).
a.
Menurut
pendapat mazhab Syafie, Hanbali dan sebahagian fuqaha’ mazhab Maliki penarikan
balik hibah boleh berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul. Tetapi apabila
disertakan dengan peyerahan dan penerimaan barang (al-qabd) maka hibah
berkenaan tidak boleh ditarik balik kecuali hibah yang dibuat oleh bapa
(termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya selama
mana harta itu tidak ada kaitan dengan orang lain.
b.
Menurut
pendapat Imam Ahmad dan mazhab Zahiri, pemberi hibah tidak boleh (haram)
menarik balik hibah yang telah dibuat kecuali hibah bapa (termasuk juga ibu,
datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya. Ini adalah berdasarkan
kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Orang yang menarik balik
hibahnya sama seperti anjing yang memakan balik muntahnya...” (Hadis riwayat
al-Bukhari dan Muslim).
Secara umumnya, para
fuqaha’ bersetuju mengenai keharusan pembatalan hibah sekiranya ia dilakukan
secara redha meredhai antara pemberi dan penerima hibah atau melalui keputusan
hakim. Sungguhpun Islam membenarkan penarikan balik hibah yang dibuat oleh bapa
(termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya,
tetapi ia terikat dengan syarat bahawa harta tersebut masih lagi di dalam
pemilikan anaknya (cucunya). Sekiranya harta itu terkeluar dari kekuasaan dan
pemilikan anaknya (cucunya) seperti telah dijual, diwakaf atau dihibah kepada
orang lain dan harta itu telah diterima oleh penerima hibah (orang lain), maka
hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik lagi.
f.
Kadar
Harta yang Boleh Dihibah
Islam tidak menetapkan
kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan. Ini kerana harta
yang hendak dihibahkan itu merupakan milik pemberi hibah, maka terpulanglah kepada
pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan.
Walaupun begitu, Islam menggalakkan hibah diberikan secara adil, lebihlebih
lagi jika diberikan kepada anak-anak. Jumhur ulamak (Hanafi, Maliki dan Syafie)
berpendapat bahawa sunat menyamakan pemberian di antara anak-anak dan pemberian
yang lebih kepada salah seorang daripada mereka adalah makruh hukumnya,
walaupun pemberian itu sah.
Bagi Abu Yusuf,
melebihkan pemberian kepada sebahagian daripada anak-anak adalah diharuskan
jika ibu bapa tidak berniat menimbulkan bahaya kepada anak-anak yang lain.
Sekiranya ibu bapa berniat sedemikian, maka menjadi kewajipan mereka menyamakan
pemberian tersebut.
Menurut mazhab Hanbali,
keadilan dalam pemberian hibah kepada anak-anak merupakan perkara yang wajib.
Manakala menurut Imam Malik, tidak boleh memberi hibah semua harta kepada
sesetengah anaknya dan tidak kepada yang lain. Menurut pendapat Hanafi, Syafie,
Maliki dan Abu Yusuf, cara pemberian harta yang adil kepada anak-anak semasa
hayat ialah dengan cara menyamakan pemberian tersebut tanpa membezakan di
antara anak lelaki dan anak perempuan. Sebaliknya, golongan Hanbali dan
Muhammad bin Hassan al-Shaybani berpendapat bahawa keadilan yang dikehendaki
dalam pemberian adalah mengikut kadar mereka dalam pembahagian harta pusaka,
iaitu bahagian anak lelaki menyamai dua bahagian anak perempuan.
g.
Hibah
pada Masa Marad al-Mawt
Perkataan marad al-mawt bermaksud sakit yang boleh menyebabkan kematian.
Syaratsyarat berikut diperlukan bagi menentukan marad al-mawt, yaitu:
1.
Penyakit
itu yang menyebabkan kematian si mati.
2.
Penyakit
itu menyebabkan kecemasan kematian dalam fikiran si mati.
3.
Terdapat
tanda-tanda luar yang menuntukkan bahawa penyakit itu berat.
Dalam Perkara 1595
Majallah al-Ahkam al-‘Adliyyah, istilah marad al-mawt bermaksud sakit yang
kebanyakannya membawa kepada kematian, di mana sakit itu boleh melemahkan orang
sakit daripada melihat maslahat (kepentingan) di luar rumahnya jika dia seorang
lelaki, dan melemahkannya daripada melihat maslahat (kepentingan) di dalam
rumahnya jika dia seorang
perempuan.
Pesakit itu mati dalam keadaan sedemikian sebelum berlalu masa satu tahun sama
ada dia terlantar atas tilam (katil) atau sebaliknya. Sekiranya keadaan sakit
tersebut berterusan dan telah berlalu masa satu tahun, maka hukumnya sama
seperti orang sihat, ertinya segala urusannya (tasarruf) sama seperti urusan
orang sihat selagi sakit itu tidak terlalu berat dan tidak berubah keadaannya.
Tetapi sekiranya penyakit itu bertambah berat (serius) dan keadaannya telah
berubah dan dia mati dalam keadaan sedemikian, maka keadaan (daripada waktu
berlaku perubahan sehingga kematiannya) sakit itu dianggap sebagai marad
al-mawt.
Daripada definisi di atas, perkataan
marad al-mawt mempunyai ciri-ciri berikut:
1.
Sesuatu
penyakit itu yang meyebabkan kematian.
2.
Kematian
yang diakibatkan oleh sesuatu penyakit itu berlaku dalam masa satu tahun atau
selepas masa satu tahun (dalam keadaan penyakit itu bertambah berat).
3.
Sesuatu
penyakit itu boleh melupakan dan melalaikan seseorang pesakit itu daripada
kepentingan yang bersifat keduniaan.
Hibah pada masa marad al-mawt ialah pemberian yang dibuat oleh seseorang
yang sakit tenat yang boleh membawa kepada kematian. Dalam undang-undang Islam
pemberian itu melibatkan dua jenis undang-undang iaitu undang-undang hibah dan
wasiat. Sekiranya pemberi hibah menemui ajal berikutan dengan lafaz pemberian
itu, maka pemberian itu samalah seperti pemberian melalui wasiat dan tertakluk
kepada hukum wasiat yaitu:
1.
Pemberian
itu tidak melebihi 1/3 daripada harta si mati.
2.
Pemberian
itu tidak diberikan kepada waris kecuali waris-waris lain telah bersetuju.Walau
bagaimanapun, jika pemberi hibah itu hidup maka pemberian itu termasuk di dalam
hukum hibah dan tertakluk kepada hukum pemberian semasa hidup iaitu penyerahan
hak pemunyaan oleh pemberi hibah kepada penerima hibah.
Dalam Majallah al-Ahkam al-‘Adliyyah juga telah menerangkan babarapa
perkara yang berkaitan dengan hibah yang dibuat ketika marad al-mawt,
antaranya:
1.
Apabila
seseorang yang tidak mempunyai waris menghibahkan semua hartanya kepada
seseorang pada masa marad al-mawt, kemudian pemberian itu diterima maka hibah
itu hukumnya adalah sah (Perkara 877).
2.
Apabila
seseorang suami menghibahkan semua hartanya kepada isterinya atau sebaliknya
pada masa marad al-mawt dan hibah itu telah diterima, sedangkan mereka tidak
mempunyai waris lain, maka hibah itu juga hukumnya sah dan baitulmal tidak
boleh campurtangan dalam harta peninggalannya (Perkara 878).
3.
Apabila
seseorang telah menghibahkan sesuatu harta kepada salah seorang daripada waris
pada masa marad al-mawt dan selepas kematiannya waris-waris lain tidak
bersetuju, maka hibah itu hukumnya tidak sah (Perkara 879).
h.
Hibah
dalam Bentuk al-‘Umra dan al-Ruqba (Hibah Bersyarat)
Al-‘Umra bermaksud
pemberian semasa tempoh hidup penerima hibah atau pemberi hibah dengan syarat
harta tersebut dikembalikan setelah kematian penerima hibah. Al-‘Umra juga
bermaksud suatu pemberian yang bersifat sementara yang merujuk kepada hayat
salah seorang sama ada pemberi hibah atau penerima hibah. Sekiranya penerima
hibah meninggal dunia maka harta yang dihibahkan itu dikembalikan kepada
pemberi hibah. Sebaliknya, jika pemberi hibah meninggal dunia maka harta hibah
akan dikembalikan kepada waris pemberi hibah. Contoh lafaz hibah al-‘umra
adalah seperti pemberi hibah berkata: “tanah ini aku berikan (hibahkan) kepada
kamu semasa kamu hidup dan jika kamu mati maka harta itu kembali kepada aku
jika aku masih hidup dan kepada waris aku jika aku telah mati”.
Manakala al-ruqba pula
ialah pemberian dengan syarat kematian salah satu pihak sama ada pemberi hibah
atau penerima hibah sebagai syarat pemilikan kepada salah satu pihak yang
hidup. Al-Ruqba juga bermaksud suatu pemberian bersyarat yang ditentukan oleh
pemberi hibah, di mana harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya
pemberi hibah meninggal dunia. Tetapi jika penerima hibah meninggal dunia
sebelum pemberi hibah maka harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah.
Contoh lafaz hibah al-ruqba adalah seperti pemberi hibah berkata: “tanah ini
aku berikan kepada kamu sebagai ruqba dan jika kamu mati dulu maka harta itu
kembali kepada aku dan jika aku mati dulu maka harta itu untuk kamu”. Para
fuqaha’ sepakat tidak mengharuskan hibah yang disyaratkan pemilikannya akan
terlaksana pada suatu tempoh masa yang akan datang. Majoriti ulamak berpendapat
hibah yang bersifat sementara seperti hibah ‘umra dan ruqba adalah sah tetapi
syaratnya terbatal.
Mereka berhujah bahawa
jika syarat itu terpakai maka ia bertentangan dengan kehendak akad hibah itu
sendiri. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Peliharalah harta kamu dan
janganlah kamu (menghibahkannya) secara ‘umra kerana sesungguhnya sesiapa yang
(menghibah) sesuatu secara ‘umra, maka ia menjadi milik orang yang dihibahkan”.
Sebahagian daripada fuqaha’ mazhab Hanbali, Imam Malik, Imam al-Zuhri, Abu Thur
dan lain-lain serta qawl al-qadim Imam Syafie berpendapat bahawa hibah ‘umra
adalah harus dan syaratnya sah jika tidak dinyatakan oleh pemberi hibah bahawa
harta yang dihibahkan akan menjadi milik waris penerima hibah selepas kematian
penerima hibah. Ini bermakna harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah
selepas kematian penerima hibah.
Sementara pendapat lain
pula mengambil pendekatan bahawa hibah yang bersifat sementara pada hakikatnya
bukanlah hibah tetapi ia adalah ‘ariyah (peminjaman). Imam Abu Hanifah dan Imam
Malik mengharuskan hibah ‘umra tetapi tidak mengharuskan hibah ruqba. Pandangan
mereka adalah berpandukan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang telah mengharuskan
hibah ‘umra dan membatalkan hibah ruqba. Namun hadis ini dikritik oleh Imam
Ahmad kerana ia tidak diketahui kesahihannya. Mereka juga berpendapat bahawa
hibah ruqba adalah hibah ta’liq ke atas sesuatu yang tidak jelas dari segi
tempoh ia akan terlaksana.
Berdasarkan perbincangan
di atas, dapat dirumuskan bahawa antara isu penting yang membawa perbezaan
pandangan di kalangan fuqaha’ mengenai hibah ‘umra dan hibah ruqba ialah
tertumpu kepada unsur hibah yang bersifat sementara dan hibah sesuatu yang
dita’liqkan dengan hayat seseorang. Kedua-dua isu ini telah menimbulkan reaksi
yang berbeza di kalangan fuqaha’. Mazhab yang mengatakan hibah ‘umra dan hibah
ruqba tidak diharuskan adalah berpandukan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang
bermaksud: “Janganlah kamu memberi (hibah) sama ada secara ‘umra atau ruqba”.
Mazhab yang mengharuskan hibah ‘umra dan hibah ruqba pula berhujah dengan hadis
yang bermaksud: “(Hibah) ‘umra dan ruqba adalah diharuskan bagi mereka”.
2. Aplikasi Hibah Di
Malaysia
Di Malaysia, tiada
peruntukan khusus mengenai undang-undang hibah yang dikanunkan. Ini bermakna
Dewan Perundangan Negeri dan Parlimen (bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan) tidak
pernah meluluskan statut khusus mengenai hibah orang Islam untuk dilaksanakan
di Mahkamah-mahkamah Syariah. Setakat yang ada hanyalah peruntukan yang
menjelaskan tentang bidang kuasa Mahkamah Syariah mengenainya termasuk dalam
Butiran 1, Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang
menyatakan bahawa: “Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya, hokum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang
menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan mewarisi
harta berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas
kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian,
pembahagian harta dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta peraturan
mengenai amanah khairat dan khairat agama, pelantikan pemegang-pemegang amanah
dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama dan khairat, yayasan,
amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan, kesemuanya dalam Negeri;
adat istiadat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang
seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam,
mengadakan dan menghukum kesalahankesalahan yang dilakukan oleh orang yang
menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai
perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan,
penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidang
kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai
mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai
bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh
undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara
orang-orang yang menganut agama Islam; menentukan perkara-perkara hukum Syarak
dan iktikad dan adat istiadat Melayu”.
Peruntukan di atas
menunjukkan bahawa hibah adalah sebahagian daripada perkara negeri yang
diletakkan di bawah pentadbiran agama Islam di setiap negeri dan secara
langsung ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Sehubungan itu,
Seksyen 46(2)(b)(v) dan (vi), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) memperuntukkan: Mahkamah Tinggi
Syariah hendaklah- (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan
semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang
berhubungan dengan-(v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut seseorang si mati
Islam; (vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan
yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seseorang Islam; Penggunaan
perkataan “alang” sama ada semasa marad-al-maut atau semasa hidup dan
“penyelesaian yang dibuat tanpa balasan” adalah merujuk kepada hibah atau
pemberian. Penggunaan perkataan yang sama dapat dilihat di negeri-negeri lain
seperti Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Perak, Kedah, Terengganu, Sabah
dan Sarawak. Sementara itu, Negeri Sembilan menggunakan perkataan “hibah”,
Pahang dan Perlis menggunakan perkataan “pemberian” dan Kelantan menggunakan
perkataan “alang hayat” Daripada peruntukan di atas, didapati pelaksanaan hibah
bukan sahaja diperuntukkan di dalam undang-undang di Malaysia semasa hidup
pemberi hibah, malah hibah semasa marad al-mawt juga ada diperuntukkan. Kes-kes
hibah di Mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia, selalunya melibatkan pengesahan
hibah, pertikaian takat atau kadar hibah dan penarikan balik hibah.
Dalam kes Harun bin Muda
dan Lain-lain lwn. Mandak binti Mamat dan Lain-lain [1999] XIII(I) JH 63,
melibatkan kes pertikaian takat hibah yang dikemukakan oleh plaintif ke atas sebidang
tanah. Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh plaintif adalah antara lain, untuk
mengesahkan bahawa tanah tersebut sebagai pemberian hibah si mati (Muda bin
Tahir) kepada mereka. Di samping itu, tuntutan juga dibuat supaya mahkamah
mensabitkan bahawa tanah itu menjadi
milik sah plaintif-plaintif berdasarkan takat yang telah disebutkan. Mahkamah
Tinggi Syariah Terengganu telah memutuskan bahawa tuntutan plaintif-plaintif
mengenai takat keluasan masing-masing yang dinyatakan di atas tanah tersebut
adalah benar dan berpuashati di atas kebenaran tuntutan itu lalu memberikan
keputusan bahawa telah sabit hibah si mati kepada plaintif-plaintif.
Dalam kes di atas juga,
Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu berpendapat bahawa berlakunya hibah walaupun
qabul berlaku secara perbutan iaitu selepas berlakunya ijab harta itu telah
dimajukan atau diusahakan atau dimanfaatkan oleh defendan. Sebaliknya, dalam
kes Salmiah binti Che Mat lwn Zakaria bin Hashim [2001] XIV JH 79 Mahkamah
Rendah Syariah Bukit Mertajam Pulau Pinang berpendapat bahawa hibah tidak sah
walaupun qabul kepada ijab sudah berlaku secara perbuatan. Dalam penghakiman
kes ini, Mahkamah telah mengemukakan beberapa soalan. Isu pertama yang
dibangkitkan ialah apakah dalam kes ini telah terlaksana dengan sempurna
rukun-rukun hibah. Mahkamah mendapati bahawa rukun pemberi hibah, penerima
hibah dan barang yang dihibahkan telah mencukupi syarat-syarat yang telah
dikehendaki oleh hukum syarak. Namun demikian, bagi rukun sighah pula Mahkamah
mendapati bahawa ia belum terlaksana dan belum sempurna, yang berlaku hanyalah
ijab daripada Che Mat sahaja dan tidak ada qabul daripada defendan sama ada
secara lisan atau tulisan. Dengan demikian, Mahkamah berpendapat hibah Che Mat
kepada defendan tidak sah oleh sebab rukun sighah belum terlaksana dan belum
sempurna.
Dalam kesini, jelas
bahawa Mahkamah tidak mengiktiraf penggunaan dan pembangunan yang telah
diusahakan ke atas tanah tersebut oleh defendan dengan mendirikan sebuah rumah
sebagai qabul. Namun demikian, antara alasan lain Mahkamah tidak mengesahkan
hibah tersebut ialah kerana penggunaan dan pembangunan yang diusahakan ke atas
tanah tersebut dilakukan sebelum keizinan diberi oleh pemberi hibah. Ini kerana
menurut pendapat mazhab Syafie dan Hanbali, syarat pengambilan barang/harta
yang dihibahkan adalah dengan keizinan pemberi hibah.
Sementara dalam kes
Eshah binti Abdullah dan Lima Yang Lain lwn Che Aminah binti Abdul Razak dan
Dua Yang Lain [2004] XVIII(I) JH 47, isu yang timbul ialah adakah qabul
disyaratkan secara terang dan jelas selepas pemberian atau cukup dengan
qarinah-qarinah lain yang membuktikan adanya penerimaan. Dalam kes ini,
pemeberi hibah telah meninggal dunia dan tidak ada penarikan balik hibah. Hibah
tersebut juga telah disaksikan oleh saksisaksi, namun bangunan yang
dipertikaikan sebagai harta hibah masih menggunakan nama si mati. Mahkamah
Rayuan Syariah Terengganu telah menerima rayuan yang dibuat oleh perayu-perayu
berdasarkan kepada qarinah penerimaan daripada penerima, di mana ketigatiga
penerima hibah mengaku bahawa mereka telah menerima hasil sewaan bangunan
tersebut sejak si mati masih hidup. Apa yang menarik dalam kes ini ialah
pandangan Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu iaitu: Diandaikan jika pemberian
tersebut telah bertukar kepada nama penerima-penerima, kemungkinan kes ini
tidak lagi perlu dibawa kepada mahkamah, kerana segala-galanya telah jelas dan
tercatat dalam dokumen”.
Berdasarkan kepada
keterangan kes-kes di atas dan banyak lagi kes-kes yang lain, sesuatu hibah
boleh dicabar di Mahkamah Syariah, tidak kira sama ada is dibuat secara lisan
atau bertulis dalam bentuk dokumen oleh individu atau peguam. Bagaimanapun, ia
hanya boleh dicabar atau dipertikaikan dari sudut sahnya mengikut hukum syarak
atau ada waris yang tidak bersetuju dengan kandungan hibah itu selepas kematian
pemberi hibah.
Kini setelah muncul
pelbagai agensi yang terlibat dalam soal penulisan hibah maka dengan itu timbul
pelbagai cara yang dilakukan oleh agensi-agensi berkenaan dalam
memperkembangkan ruang lingkup hibah seperti trust hibah. Trust hibah ialah
kacukan antara hibah dan amanah. Ia adalah pemberian harta oleh seseorang atas
dasar kasih saying yang berlaku ijab dan qabul pada masa hayat pemberi hibah.
Harta hibah tersebut akan dipegang oleh pemegang amanah dan diserahmilikkan
kepada penerima selepas kematian pemberi hibah atau menurut persetujuan
pihak-pihak berkenaan. Begitu juga dengan hibah yang dibuat oleh pemberi hibah
untuk memastikan dia masih menguasai hartanya tersebut kerana dia khuatir
mungkin penerima akan mengabaikannya apabila semua harta telah dihibahkan. Maka
dalam hal ini pemberi hibah telah membuat satu perjanjian asing di luar akad
yang memberi hak kepada pemberi mengurus dan menggunakan harta tersebut
sehinggalah dia meninggal dunia.
Apa yang dinyatakan di
atas adalah lebih hampir dengan apa yang dikatakan hibah ‘umra dan hibah ruqba.
Dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali
ke-56 pada 5 Oktober 2000 memutuskan bahawa perletakan syarat adalah dibenarkan
di antara pemberi dan penerima hibah setelah berlaku ijab dan qabul. Begitu
juga dengan keputusan Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti dalam
mesyuarat ke-44 pada 15 Januari 2003 menerima pakai prinsip hibah ruqba sebagai
asas syariah dalam pelaksanaan borang akuan hibah untuk transaksi yang
melibatkan akaun bersama tabung unit amanah terutamanya akaun yang dipegang
oleh orang Islam. Dari perbincangan di atas, jelas menunjukkan bahawa suatu
undang-undang yang khusus berkaitan dengan pemberian hibah dan pentadbirannya
amatlah diperlukan. Dengan adanya undang-undang yang khusus dapat mengurangkan
kekeliruan dan dapat menegakkan kewibawaan Mahkamah Syariah dan mengukuhkan
kredibilitinya dalam masyarakat apabila memutuskan soal yang berkaitan dengan
hibah. Di samping itu, pada masa yang sama, ia boleh menjadi panduan kepada
masyarakat yang ingin membuat hibah secara peribadi agar hibah yang dibuat itu
menjadi lebih sempurna, atau dengan kata lain, masyarakat dapat menguruskan hartanya
dengan cara yang lebih teratur dan kemas.
C. WAKAF
1.Pengertian Wakaf
a)
Wakaf
adalah perbuatan hukum wakif untuk memisahkan dan/atau menyerahkan sebagian
harta benda miliknya untuk dimanfaatkan selamanya atau untuk jangka waktu
tertentu sesuai dengan kepentingannya guna keperluan ibadah dan/atau
kesejahteraan umum menurut syariah.
b)
Wakif
adalah pihak yang mewakafkan harta benda miliknya.
c)
Ikrar
Wakaf adalah pernyataan kehendak wakif yang diucapkan secara lisan dan/atau
tulisan kepada Nazhir untuk mewakafkan harta benda miliknya.
d)
Nazhir
adalah pihak yang menerima harta benda wakaf dari Wakif untukdikelola dan
dikembangkan sesuai dengan peruntukannya.
e)
Harta
Benda Wakaf adalah harta benda yang memiliki daya tahan lama dan/atau manfaat
jangka panjang serta mempunyai nilai ekonomi menurut syariah yang diwakafkan
oleh Wakif .
f)
Pejabat
Pembuat Akta Ikrar Wakaf, selanjutnya disingkat PPAIW, adalah pejabat berwenang
yang ditetapkan oleh Menteri untuk membuat akta ikrar wakaf.
g)
Badan
Wakaf Indonesia adalah lembaga independen untuk mengembangkan perwakafan di
Indonesia.
h)
Pemerintah
adalah perangkat Negara Kesatuan Republik Indonesia yang terdiri atas Presiden
beserta para menteri.
i)
Menteri
adalah menteri yang bertanggung jawab di bidang agama.
2. Dasar-Dasar Wakaf
Pasal 2
Wakaf sah apabila dilaksanakan menurut syariah.
Wakaf sah apabila dilaksanakan menurut syariah.
Pasal 3
Wakaf yang telah diikrarkan tidak dapat dibatalkan.
Wakaf yang telah diikrarkan tidak dapat dibatalkan.
3. Tujuan Dan Fungsi Wakaf
Pasal 4
Wakaf bertujuan memanfaatkan harta benda wakaf sesuai dengan fungsinya.
Wakaf bertujuan memanfaatkan harta benda wakaf sesuai dengan fungsinya.
Pasal 5
Wakaf berfungsi mewujudkan potensi dan manfaat ekonomis harta benda wakaf untuk kepentingan ibadah dan untuk memajukan kesejahteraan umum
Wakaf berfungsi mewujudkan potensi dan manfaat ekonomis harta benda wakaf untuk kepentingan ibadah dan untuk memajukan kesejahteraan umum
4. Unsur Wakaf
Pasal 6
Wakaf dilaksanakan dengan memenuhi unsur wakaf sebagai berikut:
Wakaf dilaksanakan dengan memenuhi unsur wakaf sebagai berikut:
Wakif;
Nazhir;
Harta Benda Wakaf;
Ikrar Wakaf;
Peruntukan harta benda wakaf;
Jangka waktu wakaf.
Nazhir;
Harta Benda Wakaf;
Ikrar Wakaf;
Peruntukan harta benda wakaf;
Jangka waktu wakaf.
5. Wakif
Pasal 7
Wakif meliputi:
Wakif meliputi:
a. perseorangan;
b. organisasi;
c. badan hukum.
Pasal 8
(1) Wakif perseorangan sebagaimana dimaksud dalam Pasal 7 huruf a hanya dapat melakukan wakaf apabila memenuhi persyaratan:
a. dewasa;
b. berakal sehat;
c. tidak terhalang melakukan perbuatan hukum; dan
d. pemilik sah harta benda wakaf.
(2) Wakif
organisasi sebagaimana dimaksud dalam Pasal 7 huruf b hanya dapat melakukan
wakaf apabila memenuhi ketentuan organisasi untuk mewakafkan harta benda wakaf
milik organisasi sesuai dengan anggaran dasar organisasi yang bersangkutan.
(3) Wakif badan
hukum sebagaimana dimaksud dalam Pasal 7 huruf c hanya dapat melakukan. wakaf
apabila memenuhi ketentuan badan hukum untuk mewakafkan harta benda wakaf milik
badan hukum sesuai dengan anggaran dasar badan hukum yang bersangkutan.
6.
Aplikasi wakaf
Atas desakan hidup Ahmad
amat memerlukan uang untuk menampung perniagaannya yang hampir mengheretnya ke
tahap muflis, setelah berbincang dengan kakak dan abangnya mereka akhirnya
bersetuju untuk menjual tanah Allahyarham bapaknya yang telah sekian lama tidak
dikunjungi di Kampung Sungai Udang, Klang, namun Ahmad terkejut apabila
mengetahui tanah tersebut diwakafkan oleh Allahyarham bapaknya tanpa
pengetahuan diri dan adik beradiknya. Di tanah tersebut telah dibangunkan
kompleks masjid tidak lama selepas bapaknya meninggal dunia. Memikirkan beliau
adalah antara
waris yang sah dalam hukum syarak, maka satu tuntutan pengesahan wakaf dikemukakan di Mahkamah Syariah dengan alasan beliau adalah waris yang berhak mendapat keuntungan dari tanah tersebut dan sekaligus menafikan status wakaf yang dilakukan oleh bapaknya.
waris yang sah dalam hukum syarak, maka satu tuntutan pengesahan wakaf dikemukakan di Mahkamah Syariah dengan alasan beliau adalah waris yang berhak mendapat keuntungan dari tanah tersebut dan sekaligus menafikan status wakaf yang dilakukan oleh bapaknya.
Kebanyakan kes yang
dilaporkan berkenaan wakaf biasanya timbul selepas dari kematian pewakaf,
Masalah Ahmad adalah isu yang lazim di pertikaikan di Mahkamah berhubung dengan
harta wakaf, sepertimana yang dilaporkan dalam kes Almarhum Dato’ Bentara Luar
Johor, Haji Yahya dan seorang lagi lawan Hasan bin Othman & seorang lagi [Jurnal
Hukum Jld III bhgn II ms 185]. Almarhum telah mewakafkan sekeping tanah untuk
dua anaknya dan keturunan mereka selama-lamanya. Tanah itu didaftarkan atas
namanya. Apabila beliau meninggal dunia Hasan bin Othman juga pentadbir harta
pesakanya telah membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi Sivil bahawa wakaf itu
tidak sah. Mahkamah memutuskan, wakaf itu sah mengikut seksyen 11 Enakmen Wakaf
1911 dan Seksyen 41 Enakmen Pentadbiran Undang- Undang Islam 1978, juga
berdasarkan kes-kes yang diputuskan oleh Privy Council di India. Tidak
berpuashati dengan keputusan tersebut Hasan bin Othman membuat rayuan ke
Mahkamah Persekutuan. Akhirnya Hakim Mahkamah Persekutuan Tun Salleh Abbas pada
tahun 1982 mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa wakaf tersebut adalah
sah dari sudut perundangan. Antara ulasannya, wakaf adalah urusan yang
berkaitan dengan hukum syarak dan tidak terikat dengan konsep ‘prinsip mencegah
kekalan’ yang diamalkan di peringkat sivil, walaupun Mahkamah tidak terikat
dengan keputusan Mufti dalam fatwanya yang mengesahkan status wakaf tersebut
ataupun atas undang-undang negeri tetapi Mahkamah tidak mempunyai alasan untuk
menolak keputusan fatwa tersebut. Sehingga keputusan tersebut dibuat tiada
sebarang rayuan dibuat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam Majlis
Mesyuarat Kerajaan di bawah enakmen negeri yang berkenaan. Tambahan pula tiada
sebarang pendapat yang bertentangan dengan teks perundangan Syariah ditemui
dalam kes tersebut.
Pembangunan tanah wakaf
juga antara isu yang biasa dihadapi oleh Majlis Agama Negeri dengan waris-waris
pewakaf. Dalam keadaan persekitaran yang pesat membangun tanah wakaf yang
terletak di tempat strategik makin terhimpit dengan arus pemodenan. Manakala
pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan tanah wakaf adalah Majlis
Agama Islam Negeri. Kadangkala pertikaian antara Majlis Agama Islam Negeri dan
waris dilihat seperti wujud konflik
kepentingan namun sebenarnya pihak-pihak yang terlibat adalah berusaha untuk
menentukan bentuk kebajikan yang boleh dinikmati oleh masyarakat Islam
sepertimana maksud pewakaf itu sendiri. Perbezaan ini wujud kerana pemahaman
masing-masing tentang manfaat umum bagi memastikan pahala yang berterusan
kepada pewakaf sepertimana sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a
Rasul SAW bersabda: “Apabila mati seorang insan maka terputuslah segala
amalannya melainkan tiga perkara, ilmu yang bermunafaat, sedekah jariah dan
anak soleh yang mendoakan baginya” [Muslim, Abu Daud dan Tarmizi].
Sedekah jariah yang dimaksudkan dalam Hadis Sahih ini adalah sedekah yang berpanjangan selagimana digunakan atau dimanfaatkan oleh orang lain, tidak mengira samada ahli keluarga sendiri atau orang Islam yang lain. Maka pada hari ini dapat kita lihat kebanyakan tapak masjid dan tanah perkuburan yang wujud adalah dalam tanah wakaf. Apabila tanah wakaf difahami hanya sebagai tanah perkuburan dan tapak masjid maka banyak pihak yang berbelah bahagi apabila terdapat usaha oleh Majlis Agama Islam Negeri untuk membangunkan nilai tanah wakaf dengan mendirikan pusat perniagaan, tempat tinggal atau hotel yang boleh mendatangkan keuntungan kepada umat Islam. Satu contoh konflik kepentingan manfaat antara Majlis Agama Islam dengan ahli waris ialah dalam kes Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn Isa bin Abdul Rahman dan yang lain, [Jurnal Hukum Jld X Bhgn 11 ms 222]. Isa bin Abdul Rahman adalah selaku waris bagi tuan tanah yang telah mewakafkan tanahnya secara wakaf am untuk sebuah masjid pada tahun 1889 yang dikenali dengan Masjid Simpang Enam, beliau telah menentang kehendak Majlis Agama Islam untuk merobohkan masjid tersebut dan menggantikannya dengan satu bangunan lima tingkat yang mana tingkat pertama hingga ketiga digunakan sebagai pejabat bank manakala tingkat empat dan lima sebagai masjid. Memikirkan rancangan itu bercanggah dengan tujuan pewakaf asal Isa bin Abdul Rahman telah membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi Sivil Pulau Pinang supaya diisytiharkan tanah masjid itu sebagai wakaf am dan Majlis tidak berhak merobohkan Masjid tersebut juga satu perintah tegahan (injunksi) kepada Majlis atau ejen-ejennya dari merobohkan Masjid. Majlis cuba mengenepikan perintah tegahan tersebut tetapi gagal lalu merayu ke Mahkamah Agung yang juga akhirnya menolak permohonan tersebut. Ini adalah karna terdapat Suratikatan Penyelesaian mengenai amanah wakaf menyatakan: ‘Digunakan sebagai tempat orang-orang Islam bersembahyang jemaah dan tidak untuk tujuan-tujuan lain’
Sedekah jariah yang dimaksudkan dalam Hadis Sahih ini adalah sedekah yang berpanjangan selagimana digunakan atau dimanfaatkan oleh orang lain, tidak mengira samada ahli keluarga sendiri atau orang Islam yang lain. Maka pada hari ini dapat kita lihat kebanyakan tapak masjid dan tanah perkuburan yang wujud adalah dalam tanah wakaf. Apabila tanah wakaf difahami hanya sebagai tanah perkuburan dan tapak masjid maka banyak pihak yang berbelah bahagi apabila terdapat usaha oleh Majlis Agama Islam Negeri untuk membangunkan nilai tanah wakaf dengan mendirikan pusat perniagaan, tempat tinggal atau hotel yang boleh mendatangkan keuntungan kepada umat Islam. Satu contoh konflik kepentingan manfaat antara Majlis Agama Islam dengan ahli waris ialah dalam kes Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn Isa bin Abdul Rahman dan yang lain, [Jurnal Hukum Jld X Bhgn 11 ms 222]. Isa bin Abdul Rahman adalah selaku waris bagi tuan tanah yang telah mewakafkan tanahnya secara wakaf am untuk sebuah masjid pada tahun 1889 yang dikenali dengan Masjid Simpang Enam, beliau telah menentang kehendak Majlis Agama Islam untuk merobohkan masjid tersebut dan menggantikannya dengan satu bangunan lima tingkat yang mana tingkat pertama hingga ketiga digunakan sebagai pejabat bank manakala tingkat empat dan lima sebagai masjid. Memikirkan rancangan itu bercanggah dengan tujuan pewakaf asal Isa bin Abdul Rahman telah membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi Sivil Pulau Pinang supaya diisytiharkan tanah masjid itu sebagai wakaf am dan Majlis tidak berhak merobohkan Masjid tersebut juga satu perintah tegahan (injunksi) kepada Majlis atau ejen-ejennya dari merobohkan Masjid. Majlis cuba mengenepikan perintah tegahan tersebut tetapi gagal lalu merayu ke Mahkamah Agung yang juga akhirnya menolak permohonan tersebut. Ini adalah karna terdapat Suratikatan Penyelesaian mengenai amanah wakaf menyatakan: ‘Digunakan sebagai tempat orang-orang Islam bersembahyang jemaah dan tidak untuk tujuan-tujuan lain’
Antara isu lain yang
ditimbulkan oleh Hakim Mahkamah Agung, Eusoff Chin dalam kes ini adalah bidang
kuasa Mahkamah Kadi pada waktu tersebut yang tidak berhak untuk mengeluarkan
perintah injunksi oleh penentang kerana ia termasuk dalam Bahagian iii Akta Relif
Spesifik 1950. Dalam keputusannya beliau berkata: “Apabila Mahkamah sivil
membicarakan tuntutan untuk mendapatkan suatu perintah dan perintah yang
dituntut bukan dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk mengeluarkannya, maka
Mahkamah Sivil hendaklah membicarakan tuntutan itu dan jika soal mengenai Hukum
Syarak timbul semasa perbicaraan pihak-pihak terlibat boleh memanggil
pakar-pakar agama Islam untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu ataupun
pihak Mahkamah boleh merujuk soalan-soalan kepada Majlis Fatwa berkenaan untuk
mendapat kepastian.” Sebelum pindaan artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan
pada 1988, pertindanan bidangkuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil
seringkali menimbulkan konflik dan antara yang menjadi isunya adalah berkaitan
dengan status tanah wakaf, sepertimana kes-kes yang dibawakan terdahulu,
kesemuanya melibatkan keputusan Hakim Mahkamah Sivil yang tidak terikat dengan
perundangan Mahkamah Syariah atau Mahkamah Kadi. Walaupun nyata masalah wakaf
adalah berkaitan hukum syarak contoh jelas adalah kes Majlis Agama Islam Pulau
Pinang lwn Isa Abdul Rahman apabila tiga daripada empat perintah yang dipohon
nyata memerlukan keputusan dibuat mengikut hukum syarak termasuk wakaf. Hanya
satu perkara mengenai injunksi yang tidak perlu diputuskan mengikut Hukum
Syarak. Menyedari kepentingan pentadbiran harta wakaf sebagai penjana ekonomi
kepada umat Islam Negeri Selangor, pada 29 Disember 1999 Duli Yang Maha Mulia
Sultan telah memperkenankan Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999 yang
mengandungi 50 sekyen keseluruhannya.
Disebut secara umum di bawah bidangkuasa Majlis dan Mahkamah Syariah dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Enakmen Wakaf diperuntukkan secara khusus menerangkan dari permulaan pewujudan wakaf, perihal mauquf (harta wakaf), wakif ( orang yang mewujudkan wakaf), mauquf alaih (orang yang berhak menerima apa-apa manfaat atau faedah dari mawquf), wakaf tidak sah, mengistibdal (ganti) dan membangunkan mawquf, jawatankuasa pengurusan wakaf dan kuasa-kuasa majlis. Dalam memberikan kuasa kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai pentadbir harta wakaf, seksyen 32 Enakmen Wakaf menyatakan; “Walau apa pun apa-apa jua peruntukan yang terkandung dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh sesuatu wakaf, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf, sama ada am atau khas, yang terletak di dalam Negeri Selangor”. Manakala bagi harta tak alih yang berada di dalam Negeri Selangor secara automatik terletak hak pada Majlis selepas didaftarkan di bawah Kanun Tanah Negara tanpa apa-apa pemindahhakkan, penyerahakan atau pemindahmilik, disebut dalam seksyen 48 (3). Walaupun diberi kuasa mentadbir, Majlis masih lagi terikat dengan syarat-syarat wakif sepertimana dalam seksyen 38 (1) dinyatakan “Manfaat atau faedah daripada sesuatu wakaf khas, hendaklah digunakan mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh wakif melainkan syarat –syarat yang bertentangan dengan Hukum Syarak”.
Disebut secara umum di bawah bidangkuasa Majlis dan Mahkamah Syariah dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Enakmen Wakaf diperuntukkan secara khusus menerangkan dari permulaan pewujudan wakaf, perihal mauquf (harta wakaf), wakif ( orang yang mewujudkan wakaf), mauquf alaih (orang yang berhak menerima apa-apa manfaat atau faedah dari mawquf), wakaf tidak sah, mengistibdal (ganti) dan membangunkan mawquf, jawatankuasa pengurusan wakaf dan kuasa-kuasa majlis. Dalam memberikan kuasa kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai pentadbir harta wakaf, seksyen 32 Enakmen Wakaf menyatakan; “Walau apa pun apa-apa jua peruntukan yang terkandung dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh sesuatu wakaf, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf, sama ada am atau khas, yang terletak di dalam Negeri Selangor”. Manakala bagi harta tak alih yang berada di dalam Negeri Selangor secara automatik terletak hak pada Majlis selepas didaftarkan di bawah Kanun Tanah Negara tanpa apa-apa pemindahhakkan, penyerahakan atau pemindahmilik, disebut dalam seksyen 48 (3). Walaupun diberi kuasa mentadbir, Majlis masih lagi terikat dengan syarat-syarat wakif sepertimana dalam seksyen 38 (1) dinyatakan “Manfaat atau faedah daripada sesuatu wakaf khas, hendaklah digunakan mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh wakif melainkan syarat –syarat yang bertentangan dengan Hukum Syarak”.
Dengan mengambil kira
kemaslahatan umat Islam dan faktor ekonomi serta pengajaran daripada laporan
kes Majlis Agama Islam Pulau Pinang terdahulu, peruntukan seksyen 38 (3)
dimasukkan; “Jika, disebabkan berlalu masa atau berlaku perubahan keadaan,
syarat-syarat mana-mana wakaf tidak dapat secara berfaedah dilaksanakan tepat
sebagaimana yang dikehendaki waqif, Majlis hendaklah menyediakan suatu
rancangan bagi menggunakan manfaat atau faedah yang terlibat itu dengan suatu
cara yang sehampir mungkin yang seakan-akan sama sebagaimana yang dikehendaki
oleh waqif, dan hendaklah melaksanakan sewajarnya;” Di dalam seksyen 44 Enakmen
yang sama, peranan Mahkamah Syariah adalah memutuskan keraguan berkenaan status
wakaf dengan peruntukan berbunyi; “Jika pada pendapat Majlis, makna atau
kesan mana-mana surat cara atau perisytiharan yang mewujudkan atau menyentuh
mana-mana wakaf adalah samar-samar atau tidak jelas, Majlis bolehlah merujukkan
perkara itu kepada Mahkamah bagi mendapatkan keputusannya mengenai makna dan
kesan tersebut dan hendaklah bertindak menurut apa-apa perintah yang dibuat
oleh Mahkamah”.
Bagi memelihara
kepentingan harta wakaf peruntukan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan ke
atas mereka yang melakukan pencerobohan, pendudukan, pengusahaan di atas tanah
wakaf tanpa kebenaran Majlis. Manakala bangunan yang didirikan seseorang tanpa
izin pula boleh diroboh, dimusnah atau dibersihkan oleh Majlis dengan kos
ditanggung oleh orang tersebut.
Wakaf sememangnya satu elemen kekuatan umat Islam sekiranya ditadbir urus dengan baik dan berkesan, mengambil contoh Universiti Al-Azhar sebagai Institusi pendidikan tertua di dunia yang tegak berdiri dari zaman Fatimiyah sehingga ke hari ini adalah hasil dari janaan wakaf umat Islam di Mesir. Manakala Maahad Al-Ehya Asshariff, sebuah sekolah agama rakyat di Gunung Semanggol, Perak juga dibangunkan melalui wakaf penduduk tempatan melalui kegiatan perladangan kelapa sawit, sawah padi dan lain-lain, malah tidak keterlaluan jika dikatakan sebahagian besar institusi pendidikan agama terawal di Malaysia dimajukan dengan dana wakaf termasuklah di Negeri Selangor.
Sepertimana Mesir yang mempunyai Kementerian Wakaf yang mengendalikan pentadbiran wakaf seluruh Negara sehingga mampu menjana ekonomi rakyatnya, Malaysia juga telah menubuhkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji bagi membantu Majlis Agama Islam Negeri dalam hal ehwal pengurusan harta wakaf, memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan potensi tanah wakaf seluruh Malaysia yang berkeluasan hampir 36,000 hektar, sebanyak RM250 juta telah diperuntukkan dalam RMK 9 bagi tujuan tersebut. Bagi menjayakan tujuan tersebut sokongan dan pemahaman umat Islam terhadap konsep dan pentadbiran harta wakaf perlu ditingkatkan bagi mengembalikan kegemilangan dan penguasaan ekonomi umat Islam.
Wakaf sememangnya satu elemen kekuatan umat Islam sekiranya ditadbir urus dengan baik dan berkesan, mengambil contoh Universiti Al-Azhar sebagai Institusi pendidikan tertua di dunia yang tegak berdiri dari zaman Fatimiyah sehingga ke hari ini adalah hasil dari janaan wakaf umat Islam di Mesir. Manakala Maahad Al-Ehya Asshariff, sebuah sekolah agama rakyat di Gunung Semanggol, Perak juga dibangunkan melalui wakaf penduduk tempatan melalui kegiatan perladangan kelapa sawit, sawah padi dan lain-lain, malah tidak keterlaluan jika dikatakan sebahagian besar institusi pendidikan agama terawal di Malaysia dimajukan dengan dana wakaf termasuklah di Negeri Selangor.
Sepertimana Mesir yang mempunyai Kementerian Wakaf yang mengendalikan pentadbiran wakaf seluruh Negara sehingga mampu menjana ekonomi rakyatnya, Malaysia juga telah menubuhkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji bagi membantu Majlis Agama Islam Negeri dalam hal ehwal pengurusan harta wakaf, memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan potensi tanah wakaf seluruh Malaysia yang berkeluasan hampir 36,000 hektar, sebanyak RM250 juta telah diperuntukkan dalam RMK 9 bagi tujuan tersebut. Bagi menjayakan tujuan tersebut sokongan dan pemahaman umat Islam terhadap konsep dan pentadbiran harta wakaf perlu ditingkatkan bagi mengembalikan kegemilangan dan penguasaan ekonomi umat Islam.
BAB III
PENUTUP
A. KESIMPULAN
Wasiat, hibah, dan wakaf
merupakan tiga instrumen penting dalam perancangan harta pusaka. Ketiganya
mempunyai kedudukan yang tersendiri di dalam Islam dari segi hukum dan cara
pelaksanaannya. Sekiranya ketiga instrumen ini diuruskan dengan teratur dan
menepati kehendak syarak, maka nasib kaum kerabat terdekat yang memerlukan
bantuan akan terbela. Begitu juga, ketiga
instrumen ini boleh digunakan ke atas anak angkat, anak susuan, bapak
angkat, ibu angkat dan sebagainya yang mempunyai hubungan kasih sayang yang
rapat tapi tidak berhak mendapat harta pusaka. Ketidakfahaman masyarakat
mengenai ketiga instrumen ini sering kali timbul masalah terutama pihak yang
memberi wasiat, hibah, dan wakaf mengalami
kematian. Pertikaian ini berlanjutan sehingga menyukarkan penyelesaian
harta pusaka dibuat.
Ini kerna kebanyakan
umat Islam masih lagi ketinggalan dalam urusan perancangan harta. Sebab itulah
kini sebanyak lebih kurang RM40 bilion harta pusaka orang Islam masih
tertunggak karna tidak dapat diuruskan oleh waris-waris.
Berdasarkan maklumat
yang dikumpulkan, dari segi peruntukan undang-undang dan laporan kes-kes di
Mahkamah, kita mendapati masih terdapat ruang penambahbaikan yang boleh diisi
samada dalam bentuk substantif maupun prosedurer. Sebagai umat Islam, kaedah
dan cara-cara pengurusan yang betul mestilah menjadi amalan supaya tidak
berlaku perpecahan dalam keluarga dan masyarakat hanya disebabkan oleh
kejahilan menguruskan harta. Setiap orang ada haknya, jika kita menghormati hak
orang lain maka hak kita juga akan dihormati, malah jika kita saling redha
meredhoi dan bersedekah itu adalah lebih baik.
B. SARAN
Dalam penyusunan makalah
ini, masih banyak terdapat kekurangan-kekurangan, untuk itu penulis sangat
mengharapkan partisipasi rekan-rekan atau pembaca berupa saran dan kritik yang
bersifat membangun demi penyempurnaan makalah ini.
DAFTAR PUSTAKA
Al-Quran al-Karim.
Abdul Monir Yaacob. 1999. Wasiat: konsep dan perundangan. Dlm.
Abdul Monir Yaacob & Mohd. Fauzi Mustaffa (pnyt.). Pentadbiran harta
menurut Islam, hlm. 75 – 97.
Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Abdul Rashid Haji Abdul Latif. 1986. Wasiat dalam Islam: pengertian
dan kedudukannya di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Hidayat Buang (pnyt.). 2005. Mahkamah Syariah di Malaysia:
pencapaian dan cabaran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.36
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1993 (Akta 505).
al-Alusi, Shihab al-Din Muhammad. 1410H/1990. Ruh al-macani fi
tafsir al-Quran al-cAzim wa al-sabc al-mathaniy. Jil. 1. Beirut: Dar al-Turath
al-cArabi.
Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005.
Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004.
Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999.
Hisham Qublan. 1985. al-Wasiyyah al-wajibah fi al-islam. Beirut:
Manshurat Bahr al-Mutawassit.
Ibn Qudamah, Abu Muhammad cAbd Allah ibn Ahmad. t.th. al-Mughni. Jil.
6.
Jurnal Hukum. 2004. Jld XVII(I). Putrajaya: Jabatan Kehakiman
Syariah Malaysia.
Jurnal Hukum. 2004. Jld XVIII(I). Putrajaya: Jabatan Kehakiman
Syariah Malaysia.
Jurnal Hukum. 2006. Jld. XXI(II). Putrajaya: Jabatan Kehakiman
Syariah Malaysia.
Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. 2006. Ed.
ke-2. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti.
Mohd. Ridzuan Awang. 2003. Pelaksanaan harta hibah. Dlm. Mohamad
Zaini Yahaya et al. (pnyt.). Isu Syariah dan Undang-undang Siri 12, hlm. 89 –
105.
Bangi: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Ridzuan Awang. 2008. Wasiat kepada ahli waris menurut
pandangan fuqaha’ dan kedudukannya di negara-negara Islam.
Sumber Am: Wasiat. Anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan
Perdana
Menteri. Hotel Quality City Centre, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur,
28 – 30 April.
Mohd Zamro Muda et al. 2008. Pengantar undang-undang dan
pentadbiran pusaka, wasiat dan wakaf orang Islam di Malaysia. Bangi: Jabatan
Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Mohd Zamro Muda & Mohd Shukri Jusoh. 2008. Wasiat wajibah:
pengenalan dan kaedah
Muhammad Ramiz Abd al-Fattah al-Azizi. 2003. al-Mirath wa
al-wasiyyah. Jordan: Dar al- Furqan li al-Nashr wa al-Tawzic.
Muhammad al-Zuhayli. 2001. al-Fara’id wa al-mawarith wa al-wasaya.
Beirut: Dar al- Kalam al-Tayyib.
Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali al-Syarbaji. 2003.
Kitab Fikah Mazhab Syafie. Terj. Jld 5 . Kuala Lumpur Pustaka Salam Sdn Bhd.
Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali al-Syarbaji. 2004.
Kitab Fikah Mazhab Syafie. Terj. Jld 6 . Kuala Lumpur Pustaka Salam Sdn Bhd.
Nor Adila Mohd Noor. 2007. Teori dan praktis pentadbiran harta
wasiat di mahkamah: perbandingan antara undang-undang Islam dan Sivil.
Disertasi Sarjana, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan. Prosiding Konvensyen perwarisan harta
Islam 2007. Kuala Lumpur: Amanah Raya Berhad.
Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 41 Tahun 2004 Tentang Wakaf
Undang-undang Wasiat Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
2001.
Ridzuan Awang. 1994. Undang-undang tanah Islam: pendekatan
perbandingan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tajul Aris Ahmad Bustami. 2004. Pentadbiran wasiat orang Islam di
Malaysia:
perkembangan dan permasalahan. Kanun 16(1): 1-19.52
Wahbah al-Zuhayli. 1989. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh. Juz. 5
& 8. Damsyiq: Daral-Fikr.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar